11 Jun 2010

Kembali Segera Jika Tersesat Jalan Dalam Bercinta


Saya merasa terpanggil utk mencetuskan perkara ini di MHZ Blog of Opinion pada saat dan ketika ini..Ya, memang benar kita kadang kala tidak sedar akan perkara ini..Hal ini mgkin kerana kita sendiri tidak pasti dan kurang sedar akan kehadirannya..Saya yakin mesti ada dalam kalangan kita yang merasa kurang pasti atau samar-samar dalam memilih pasangan hidup atau kekasih hati..Perkara ini akan berlaku sekiranya kamu punya lebih pilihan..Kalau kiranya hanya satu di depan mata, saya tak merasa anda akan terjebak dalam dilema yang bisa membunuh jiwa ini..Anda jangan merasa takut atau terus lari dari kancah percintaan,tetapi terus mara dan beranikan diri menghadapinya..memang lumrah kita membuat silap kerana kita hanya manusia biasa..ada kalanya kita mgkin tersalah langkah dalam membuat percaturan dalam percintaan..

Ia seumpama kita tersesat di dalam hutan yang tebal, bukanlah masanya ketika itu utk kita merintih namun kita harus segera mencari jalan keluar sebelum malam melangsiri bumi..Mmg benar barangkali ada yang terluka akibat perbuatan kita bagi memperbaiki segala yang terjadi tetapi ingat, ini bukan soal mahu menjaga hati, ini soal hidup dan mati, soal kekasih yang ingin diisi di lubuk hati..

Ingatlah..tujuan kita berkahwin bukanlah utk bercerai..pasangan yang dipilih itu haruslah yang terbaik bagi kita agar perhubungan itu kekal hingga ke akhir hayat hendaknya..biarlah segelintir yang terluka dulu kini asalkan bukan semuanya yang bisa merana suatu hari kelak..Cinta itu satu dan menjadi tugas kita menjaga serta menghargainya..

Tiada ulasan: