30 Mei 2010

Citarasa Pasangan Bagi Lelaki


Assalamuaikum semua. Salam sejahtera. Bersama saya dalam rancangan LHI (Lelaki Hari Ini). Apa khabar semua? Diharapkan agar semua berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Mengapa ada sesetengah wanita tidak menjadi rebutan lelaki walhal ada yang lain menjadi idaman ramai lelaki? Mengapa perkara seperti ini bisa berlaku dan apakah puncanya pembawaan musibah atau bencana seperti ini? Dan apakah lelaki zaman sekarang terlampau memilih yang sempurna sahaja atas alasan harga saham mereka kini melambung tinggi? Untuk tidak meletakkan diri kita terus dalam kebingungan, saya menjemput tetamu jemputan kita, Prof J bagi meleraikan permasalahan yang dihadapi ketika ini. Silakan Prof.


Terima kasih kepada saudara Hos yang tersenyum lebar saja ya pagi ni. Baiklah, kita sedar akan permasalahan ini yang kini kian menjadi parah dan mencipta satu suasana yang agak membimbangkan. Kaum lelaki dewasa ini yang berkualiti sudah berkurangan dari sudut jumlahnya. Maksud saya tentang kualiti itu ialah mereka yang berjaya dalam kehidupan, punya kerjaya sendiri, menerajui sesebuah perniagaan, berwawasan tinggi dan tidak terjebak dengan gejala sosial yang boleh meruntuhkan akhlak.


Bilangan wanita di institusi pengajian tinggi kian tahun makin meningkat. Ini ternyata membuktikan lambakan lelaki di luar sana ketinggalan dalam pelajaran kerana terlalu mengejar keseronokan. Perkara ini menyebabkan para wanita punya pilihan yang terbatas dalam memilih pasangan yang setaraf dengan mereka.


Perkembangan terbaru ini memberi peluang kepada lelaki dalam memilih kerana pilihan yang lebih banyak berbanding wanita yang ketandusan pilihan. Satu kewajipan kepada lelaki mencari teman yang berwajah cantik dan jelita. Perkara itu sudah tidak dapat ditepis lagi akan kebenarannya. Ironinya, itu sudah menjadi darah daging dalam diri kaum Adam.


Ini sama sekali tidak mengenepikan keseluruhan wanita. Wanita yang berpewatakan menarik boleh menambat si jejaka. Lelaki sukakan wanita yang sentiasa tampil bergaya dan berseri-seri setiap masa. Lelaki juga mahukan wanita yang pandai menjaga perihal diri mereka(lelaki). Dengan cara ini, lelaki yang terkenal dengan sikap alpa dan lalai akan dapat dibendung dengan sikap wanita yang lebih prihatin dalam menguruskan kehidupan seharian.


Wanita janganlah bersikap terlalu sombong atau jual mahal. Lelaki yang menegur anda itu tidak semestinya menaruh harapan pada anda. Kiranya anda lebih banyak membuka jalan nescaya anda akan lebih mudah menemui temah hidup anda. kenalilah mereka dahulu dan jangan buat keputusan terburu-buru. Tidak rugi jika memberi peluang. Lagipun, kemesraan itu adalah kunci kepada percintaan dan seharusnya wanita perlu bersikap lebih terbuka. Dengan keterbukaan ini, lelaki akan lebih mudah tertarik pada anda.


Wanita yang pandai menjaga dirinya. Wanita yang kerap kali keluar dengan pelbagai jenis lelaki dan tidak tahu batas dalam pergaulan boleh merosakkan hubungan yang kekal dalam bercinta. Lelaki akan mencipta persepsi buruk terhadap anda di atas cara hidup yang bebas itu. Jagalah maruah diri anda wahai para wanita kerana itulah yang meletakkan ketinggian martabat wanita itu sendiri. Pilihlah yang terbaik antara semua lelaki dan kemudian barulah menuju ke arah perhubungan yang lebih intim. Elakkan memilih tanpa berfikir sedalamnya. Jika tak kena pada caranya, buruk padahnya.


Itu sahaja ya Prof untuk hari ini. Moga kita berjumpa lagi. Assalamualaikum dan selamat beramal.

Tiada ulasan: