6 April 2010

Law UUM Batch 0913 Sebagai Benchmark


Tatkala rakan-rakan semuanya sedang sibuk menelaah pelajaran, izinkan saya mengambil sedikit ruang dalam memperkatakan sesuatu dalam batch kita. Batch 0913 ini tidak ada bezanya dengan batch law UUM yang lain. Kita juga berada di bawah bumbung yang sama serta memperjuangkan perkara yang sama yakni memperkasakan program undang2 di universiti ini. Sebenarnya hakikat yang harus kita terima tentang kejayaan dalam apa jua bidang ialah kesepakatan yang jitu dalam sesebuah organisasi. Kiranya perkara yang sebegitu tidak wujud maka robohlah impian kita semua. KIta sekarang ini pasti dibuai mimpi pabila melihat kejayaan demi kejayaan seperti kemenangan di IHL Mooting Competition yang dibawa oleh senior2 kita. Sedarkah kita bahawa mereka tidak lama lagi bakal meninggalkan bumi Sintok ini. Dan adalah menjadi fokus utama kita bagi mengekalkan kesinambungan kejayaan yang ada ini. Program Undang2 UUM kini sedang dalam proses pembinaan empayar. Tatkala empayar ini sedang terbina, tiba2 ia terbengkalai begitu saja kerana ketiadaan pelapis atau perintis. Senior2 kita telah cuba sedaya upaya menaikkan martabat program ini dan seterusnya tanggungjawab kita pula dalam meletakkan nama program ini di puncak sebaris dengan status program undang2 di universiti dalam negara yang lain. Bahkan kalau boleh kita mahu lebih dari itu. Mulai sekarang kita akan gelarkan diri kita Batch 0913. Kita perintis pertama yang akan menggunakan nama yang sedemikian rupa bagi menjadi ikutan kepada generasi yang akan datang. Kita harus menjadi benchmark atau penanda aras kepada junior2 kita nanti. Dan kemudian barulah nama batch yang gah ini mampu menjulang nama program undang2 ini di universiti yang kita cintai.

2 ulasan:

na-bi-lah berkata...

kimi i respek lah dekat u...
hehehe

Mohd Hakimi Zulkifly berkata...

thanx belle..hai..bila nak balik US..haha