22 Mac 2010

Indahkah Cinta?


Cinta itu ternyata subjektif. Sukar nak berbicara soal cinta. Payah benar nak mengungkapkan soal sayang. Sejauh manakah keindahan cinta pada era milennia ini. Kecurangan berleluasa. Ungkapan cinta hanya sekadar manis di bibir saja. Pasangan sendiri melata bersama teman tapi mesra mereka sedangkan kita yang teristimewa dipinggirkan begitu saja. Tatkala SMS dan call sahaja maka berbisiklah kata hati bahawa dia yang telah memeterai janji cinta sehidup semati namun akhir sekali apa yang terjadi? Kita hidup seorang menahan sebak di kala hati sudahpun mati. Cinta itu barangkali indah. Kalau nak diibaratkan indahnya umpama bulan yang menerangi malam namun kepahitan cinta itu lebih maha dahsyat yakni ia adalah kegelapan malam itu sendiri. Bayangkan betapa hebat kiranya kepahitan cinta yang kita dapat. Meskipun lelaki ditohmah penghancur hati namun kini kaum wanita pula yang kian mendominasi bidang ini yang dulunya dijuarai oleh sang lelaki. Mudah sungguh kau ungkapkan, "Kita akan sehidup semati". Ternyata ia hanya tinggal sabagai ungkapan. Sedarlah bahawa cinta itu indah sebenarnya namun manusialah yang mengotori akan kesuciannya. Aku mengerti akan perasaan mereka yang bercinta di luar sana. Sungguh bahagia hidup bersama mereka yang tercinta. Hidup ini penuh pancaroba. Janganlah mudah terjerat akan kata2 manis kerana khuatir akan merana diri. Cinta itu barangkali indah untuk semua tetapi ia juga bakal merajai ruang hati anda dengan kebencian yang melampau kiranya dibelenggu akan kecurangan dan kekotoran satu ungkapan yang dikenali sebagai cinta.

6 ulasan :

Tanpa Nama berkata...

perempuan yang mendominasi penghancur lelaki???tidak benar sama sekali sangkaan mu itu duhai sang lelaki...

Mohd Hakimi Zulkifly berkata...

betul..sebenarnya peranan lelaki dalam perhubungan amat besar..sebab itu banyak kegagalan bercinta berpunca dari sikap lelaki..namun kedua-dua pihak sama ada lelaki atau perempuan perlu sama2 berusaha mengekalkan hubungan mereka..

Tanpa Nama berkata...

saya sokong...lelaki dan perempuan kena appreciate hbngn diorang klw betul2 serious...tp klw harapkn aje couple tp masing2 main sorok2..yg laki kuar ngn pompuan lain,pompuan tu pn cmtu gk...ehmmm mmg xkemana la hubungan tu bang ooiii...xgitu abg kimi..dua2 sama dua kali lima...

Mohd Hakimi Zulkifly berkata...

ya..itu saya setuju..bercinta ini adalah satu ikatan kepercayaan..kalau dah tak ada unsur kepercayaan maka punahlah cinta..

Tanpa Nama berkata...

pandai.....sy suka

Mohd Hakimi Zulkifly berkata...

trima kasih...