15 Mac 2010

Perubahan (Hijrah) Perlukah??


Manusia terutamanya di kala ini sering kali lupa akan fenomena masa kini..Mereka sukar benar ingin berubah..mereka masih terperuk dengan situasi lama..masih terhalang dengan mentaliti lama..
Mudah benar membuat persepsi..membuat penilaian tanpa soal selidik..apakah ini satu fenomena biasa..ya..memang benar namun perkara ini seharusnya kita bendung atau lebih baik kita lupuskan terus..
Hakikatnya aku tak tahu apa yang harus aku coretkan pada malam ini..Aku bingung dengan mereka di sekeliling..Mereka membuat persepsi yang pelbagai..Aku hanya aku..dan aku memperlakukan diriku seperti mana biasa dan terbaik aku cuba lakukan..Maaf kira lenggok bahasa tidak seindah seperti biasa..
Apa salah aku?? Aku hanya begitu dan semua orang harus faham akan keadaan ini..Kadang kala kita terlupa akan satu perkara..Diri kita mudah benar lupa..Segala yang terjadi ini adalah lumrah..Jangan mudah membuat prasangka..
Ingatlah kita ini hamba Allah SWT dan kepada-Nya sahaja aku berserah..Aku ingin berhijrah..ke arah yang lebih baik dan kemungkinan meninggalkan perkara kebiasaan yang aku dulunya pernah ku lakukan..
Ingatlah Allah itu Maha Mengetahui..Janganlah kita berkata-kata atau mengata di belakang orang kerana azabnya yang pedih menanti yakni api neraka..renung-renungkan..janganlah menghalang orang mahu beramal dan beribadah..ini salah di sisi Islam..dan janganlah kerana nafsu,agama kita tinggalkan..jadikanlah agama pegangan utama kita kerana dengan keduanya yakni Al-Quran dan Al-Sunnah maka kamu tidak akan sesat buat selama-lamanya..wassalam..

Tiada ulasan: