9 Mac 2010

Jangan Mudah Berprasangka Buruk...


Manusia mudah sangat mencipta persepsi. Jumpa tepi jalan, tak pernah cakap pun, dah melabel diri orang itu sombong dan sebagainya. Saya merasakan ini adalah satu ketidakadilan yang nyata. Kita harus mengenali diri seseorang dan kemudian barulah boleh kiranya ingin memberi tanggapan pada dirinya. Itupun setelah lama berjumpa atau paling tidak pun setelah beberapa kali pertemuan.

Memang benar manusia kebanyakannya egois. Suka melemparkan tanggapan yang rata-ratanya negatif dan tidak membantu.Namun cuba bawa diri anda jauh dari mempunyai mentaliti yang sebegini kerana takut kita bakal dihanyutkan dengan ego kita sendiri.

Ya.Memang benar kadang2 kita di atas. Namun ingatlah suatu hari nanti kita bakal di bawah. Kita mahu dihormati tetapi kita tidak ingin menghormati. Prinsip rimba apakah ini. Kita memimpin sebagai rakan. Meskipun kita di bawah, orang masih menghormati kita. Kiranya kita taksub dan bongkak, nescaya belum sempat kita tersungkur dari takhta, orang ramai sudah bakal menarik kita agar segera jatuh menyembam bumi.
Ingatlah pesanan ini...semoga menjadi pedoman pada semua..

Tiada ulasan: