8 Mac 2010

Hikayat Kampung Kachi Sebatang


Sekarang telah tercetuslah perang dunia bola sepak Inggeris...Chelsea kini begitu rapat dikejar musuh tradisinya Manchester United..Tidak Ketinggalan Arsenal yang kian mengekori rapat..arakian ini bermakna persada liga Inggeris masih belum pasti milik sesiapa lagi..Semuanya berlumba-lumba demi mendapatkan takhta idaman semua..
Manchester meskipun kehilangan Ronaldo namun masih mampu menampilkan permainan cantik apatah lagi dengan prestasi Rooney yang memuncak..Chelsea kian bermasalah dengan skandal seks pemainnya namun tampil professional dalam melaksanakan tanggungjawab mereka..Arsene Wenger masih belum mengalah dengan mengganggap mereka masih mampu memberi saingan kepada Chelsea..

Kampung Kachi Sebatang merupakan sebuah perkampungan jauh di ULU SINTOK,US yang menempatkan para penduduk yang rata-ratanya bekerja sebagai pesawah,peladang dan tidak kurang juga nelayan di bangunan COLGIS, UUM. Mereka hidup aman damai dan tenteram serta mengamalkan cara hidup masyarakat Melayu turun temurun.
Masyarakat Kachi yang berbilang bangsa tidak menghalang mereka dari bersama menjalankan kerja secara bersepakat seperti kata pepatah'Bagai Kachi dengan tebing'.

Perkampungan ini menampakkan ciri2 kemelayuan dengan kaum wanitanya berpakaian baju kedah dan kain batik manakala kaum lelaki segak berbaju melayu berkain pelikat...dapatlah kita melihat suasana perniagaan ini di pekan kachi atau nama klasiknya, Kachi Mall..

Kehidupan di sini aman sentosa...kak Mona dan Pak Ngah tidak jemu2 membekalkan nasi masakan melayu dalam menyediakan juadah kepada penghuni kachi..diharapkan kemerdekaan kachi yang mencecah 50 tahun ini dapat dikekalkan sampai bila2..kepada anak muda..sayangilah kachi untuk kesejahteraan semua...salam kachi untuk semua..

Tiada ulasan :