13 Mac 2010

Bunga-Bunga Cinta


Wahai dara dan teruna di luar sana…kepada yang masih tercari-cari pilihan hati, ketahuilah kamu bahawa kiranya cinta itu hadir padamu maka akan datang sekali bunga-bunga cinta yang mekar kelopaknya..bersinar bak bintang menyinari segenap penjuru alam tatkala malam menjadi tirai-tirai bumi..Hati itu umpama dapat merasa akan kehadiran cinta itu..bagaimana caranya bunga-bunga itu bakal gugur..itulah yang bakal cuba dibincangkan pada malam ini..
1.Hatimu bakal berdegup kencang tatkala bertentang mata dengannya
2.Dia yang teristimewa dan terindah..wajahnya senantiasa terbayang
3.Seperti kilat sabung-menyabung tatkala berbicara dengannya..begitu gementar dan gemuruh khuatir tersalah tutur bicara
4.Mengapa selalu benar terserempak dengannya? Seolah-olah semuanya seperti sudah dirancang
5.Mimpi dipenuhi dengan wajah si dara yang pasti membuat hati si jejaka tak tenteram jadinya
6.Bahang cinta itu seperti sudah tercipta sehinggakan orang di sekeliling kita pun sudah dapat merasai akan bahang cinta yang bakal lahir itu
7.Dia seolah-olah untuk anda..kamu serasi bersama..semacam ditakdirkan bersama..
8.Dia sering kali menghubungi anda dengan bertanyakan soalan-soalan berkaitan pelajaran namun hakikatnya dia hanya mahu dekat dengan kamu..dia tidak mahu tampak jelas benar yang dia mahu memikat dirimu..
Perhatian: Kepada yang telah punya pasangan, yang tertera di atas tidak terlalu melambangkan perbuatan anda berdua kerana kebersamaan yang kerap telah menghilangkan bunga-bunga yang gugur akan tetapi sebaliknya daun pula yang gugur kerana pokok itu sudah ketandusan bunga-bunga cinta.
Setakat itu sahaja yang dapat kita kongsi bersama buat masa dan waktu ini..semoga berjumpa di lain pertemuan..selamat beramal..bye

Tiada ulasan: