13 Mac 2010

Mengapa hatiku berubah nukilan MHZ


Dulunya, aku begitu merindui dirimu. Siang dan malam aku seolah-olah menanti akan kehadiranmu. Jauh di sudut hatiku, hanya engkau yang satu. Aku mengerti dan seakan sudah memahami perihal lampau kita. Saat kita berdua bahagia. Tatkala aku rindu padamu, hanya ucapan teks SMS sahaja yang bakal menemaniku. Apakah ini dugaan cinta?
Ketika dirimu diheret oleh nafsu amarahmu padaku, aku cuba yang termampu bagi mengikat kembali tali cinta yang sudah mulai tampak terputus. Engkau cuba mempamerkan kemarahan yang membuak. Aku sedar siapa diriku ini. Barangkali hanya menumpang kasih cintamu. Namun janganlah hingga ke tahap ini tindakanmu padaku yang terang-terang sekaii dipengaruhi rasa egois yang melampau.
Engkau bidadariku. Yang bertakhta di sanubari cinta. Yang teristimewa pada pandangan mata. Namun apakan daya, kiranya ini yang kau pinta. Terpaksalah aku berserah segalanya. Kau pergi jauh meninggalkan diriku. Membiarkan hatiku punah. Merenung sendiri nasib yang menimpa diri.
Tiba-tiba engkau hadir kembali. Membawa harapan yang ku alami di dalam mimpi. Aku sangkakan perkara ini tidak akan pernah terjadi. Lantaran hatiku amarah sekali. Setelah hatiku kau punahkan dan berkecai sehinggakan serpihannya tidak kau hiraukan. Inikah yang kau kata cinta? Pergi dan kembali sesuka hati dan datang mengharapkan aku menerimamu kembali.
Bukannya aku tidak mencintaimu. Mungkin masih ada rasa cinta itu tersemat di hati. Kerana egois barangkali yang menjadikan aku begini. Kini bukan masanya lagi aku mampu menerimamu kembali ke sisi. Nantikanlah waktu sehingga hatiku mampu memaafkan dirimu. Terima kasih untuk segalanya. Tidak terniat di hati mahu melukakan sesiapa tetapi ini lebih mulia dari aku membohongimu bagi mengaburi ribuan mata. CInta aku hanya satu dan hanya yang berhak sahaja akan bertakhta di hatiku.

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Adakah kerana tumbuhnya bunga cinta yang baru memekar menyebabkan cinta si bidadari ditolak...

Mohd Hakimi Zulkifly berkata...

Amboi..tiada siapa yang ditolak pun..yang ditarik adala..haha

Tanpa Nama berkata...

ermmmmm....mcm magnet u main tarik2....cepat melekat...takut i...banyak nyer idea...hari2 ade jer ayat u....interesting....i like it:)

Mohd Hakimi Zulkifly berkata...

thank you..susah2 je..haha