23 Februari 2015

Hujan berhenti, timbul pelangi

HUJAN BERHENTI, TIMBUL PELANGI

Di sebalik kepayahan serta kesusahan yang kita hadapi, pasti sahaja akan ada hikmah yang bakal kita peroleh. Sama ada kita sedar atau pun tidak, hikmah itu hakikatnya wujud cumanya kebanyakan daripada kita gagal untuk menyedari akan hakikat ini. Maka berubahlah dengan berfikiran lebih positif. Dalam susah payah kita berjuang, di akhirnya nanti pasti tersedia kemenangan buat kita.


Bersabarlah dalam setiap kepayahan. Seperti mana kita menempuh hujan, meskipun kita basah, walaupun kita kesejukan, di akhirnya nanti ia tetap akan berhenti. Sebaik ia berhenti, Allah memberi kita pelangi yang cukup cantik lagi indah, menjadi hiasan langit yang luas.

Emang benar, bukan senang hendak menempuh dugaan. Pelbagai cabaran yang harus kita tempuh sebelum memperoleh hikmah di sebalik setiap kepayahan itu. Bak kata pepatah usaha itu tangga kejayaan. Biar bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian.

Renung-renungkan. Selamat beramal.

Tiada ulasan: