SUDAH MEMBENCI WALHAL BELUM MENGENALI
Manusia emang gemar membenci walhal ada kalanya insan itu masih belum mereka kenali. Sudah menjadi lumrah kebanyakan manusia di mana mereka cukup suka membuat persepsi. Persepsi yang belum sahih akan kebenarannya namun diterima pakai seolah-olah ia benar seluruhnya.
Sebagai insan yang berjiwa besar, kenalilah insan itu sebelum kita mahu melakukan apa jua persepsi. Seperti kata-kata pujangga, "Tak kenal maka tak cinta". Meskipun pelbagai versi cerita yang kita dengar berkenaan dirinya namun itu bukanlah bukti yang terpaksa kita turuti.
"Buruk di mata yang lain barangkali baik di mata kita."
Tidak semestinya kata-kata mahupun persepsi itu sememangnya benar. Adalah lebih wajar kiranya dia kita kenali dan kemudiannya eloklah kalau ingin diadili akan dirinya.
Setelah dia kita amati, kenali serta hayati maka setelah itu, jauh sekali untuk kita berlaku salah dalam menentukan baik buruk tentang dirinya.
"Ingatlah senantiasa, jangan membenci tatkala dirinya belum kita kenali."
1 ulasan:
kate org, tak kanal maka tak cinta kan. ;)
Catat Ulasan