Memori 15C 328 DPP Bank Rakyat
Sahabat adalah segala-galanya. Bilik 15C 328 semestinya memberikan sejuta kenangan kepada diriku dan rakan-rakan. Di situlah tempatnya di mana kami berborak dan berbicara. Di situlah juga tempatnya di mana kami berjenaka dan bergelak ketawa. Ada kalanya bilik yang hanya mampu menempatkan 2 orang penghuni itu dipenuhi sehingga 8-9 orang. Begitu meriahnya bilik itu sehinggakan ia menjadi perhatian jiran-jiran bilik yang berdekatan. 15C 328 sememangnya suatu kenangan yang tidak dapat dilupakan. Ia ternyata membawa 1001 makna serta cerita yang bakal menjadi sejarah sepanjang kami masih bernyawa.
![]() |
Zaid dan Wak, Penghuni Berdaftar Bilik 15C 328 DPP Bank Rakyat |
Zaid dan Wak merupakan penghuni sebenar bilik 15C 328. Kami yang lain hanya datang menumpang, berkongsi kegembiraan meluangkan masa bersama mereka. Kedua-dua mereka ternyata 'cool' serta cukup 'rilex' dalam menerima kedatangan kami yang sedikit sebanyak mendatangkan sepah (sampah). Mereka berdua tidak pernah memarahi kami meskipun kami sering berulang-alik ke bilik mereka yang ada kalanya sehingga mengganggu mereka mengulangkaji. Bagi mereka, sahabat adalah segala-galanya. Tiada guna kita bermasam muka, apa yang lebih penting ialah kebahagiaan buat semua.
![]() |
Dari kiri: Fendi, Amy, Anep, Wak, Wan |
Apabila aku berbicara tentang 15C 328, aku tidak dapat lari daripada mengingati rakan-rakan di DPP Bank Rakyat UUM. Mereka sempoi, tidak sombong dan sentiasa bersikap terbuka. Dengan adanya mereka, ia menambahkan lagi warna-warna ceria terhadap memori 15C 328.
![]() |
Dari kiri: Mat Amin, Ajim, Ucop |
![]() |
Geng Bank Rakyat |
Memori 15C 328 DPP Bank Rakyat akan kekal menjadi kenangan sampai bila-bila. Semoga kita semua berjaya dalam mengharungi segala cabaran serta dugaan yang bakal menimpa.
Ingatlah sentiasa bahawa kehadiran rakan-rakan sememangnya bertindak sebagai pembakar semangat. Dengan adanya sahabat, perjuangan kita akan menjadi lebih bermakna. Usahlah kita menyombong diri. Dekatilah rakan-rakan selagi mana kita mampu. Jangan dibiarkan kenangan itu terus pudar dimamah waktu.
"Ingatlah sentiasa bahawa persahabatan itu adalah segala-galanya"
Tiada ulasan:
Catat Ulasan