20 Julai 2012

Budaya Debat Dalam Politik Negara

Budaya Debat Dalam Politik Negara


Dalam kebelakangan ini, negara kita sedang mengalami satu stunami politik yang baru. Orang-orang politik yang berbeza parti serta pandangan kini kian matang apabila mereka sedia untuk berdebat dalam apa jua isu yang melibatkan kepentingan masyarakat. Masyarakat pada masa sekarang tidak perlu lagi membuat andaian politik. Hal ini disebabkan para pemimpin politik yang berbeza aliran pemikiran serta perjuangan berani turun ke gelanggang debat bagi menyampaikan hujah masing-masing dan seterusnya memberikan kemenangan moral yang tinggi kepada para penyokong mereka. 

Menang atau kalah bukan soalnya. Apa yang lebih penting ialah rakyat disajikan dengan budaya politik matang yang memberikan kebebasan kepada semua pihak dalam mengutarakan pandangan masing-masing. Saya juga yakin bahawa sekiranya budaya debat ini berterusan, usaha kita dalam mewujudkan sebuah masyarakat yang celik politik lagi berpandangan terbuka pastinya dapat direalisasikan.

Jangan lagi kita dibelenggu cara politik lama. Kini masanya telah tiba untuk kita mengorak langkah. Negara yang maju harus memiliki rakyat yang fikirannya maju agar ia seiring dengan pembangunan fizikal yang giat berkembang. Politik fitnah harus kita tinggalkan. Politik lucah perlu kita kuburkan. Kini era politik baru. Politik matang, politik perubahan. 

"Rakyat Maju, Malaysia Sejahtera"

4 ulasan:

Mama Amirul berkata...

setuju......

Mr.She berkata...

yup. mcm ni lah baru betul. bukan saling menjatuhkn antra 1 sama lain

Mohd Hakimi Zulkifly berkata...

Benar, kebebasan berpolitik itu perlu

Natasha berkata...

setuju. kdgf2 masyarakat sndri dah muak dgn sandiwara politik. masyarakat lebih bijak.