Halooo..Apa kabo Kak Lijah?? Ha, Kak Leha tu tengah sidai kain ke?? Yang Mak Nab pulak tak habis-habis lagi ke buat kuih apam tu??..haha..Sori la ya..MHZ penat sikit hari ni..Sepanjang hari jadik driver..haha..Driver kepada nenek ya..Bukan kepada mana2 Datin ok..hoho..Nanti ada pulak yang cop MHZ ni anak ikan pulak walaupun sebenarnya MHZ sudah pun layak bergelar seorang penternak ikan yang berjaya..haha..
Salah satu adegan dalam Drama "Menantuku Jual Cendol Je" Arahan MHZ fdam
Nab: Leha, ko tengok tu..Menantu ko tu aku tengok macam takda masa depan je..Hari2 jual cendol..Bilanya yang nak kaya macam anak si Leman yang duduk belakang surau tu..
Leha: Ala Leha..Dah anak aku tu suka kat dia..Aku tak nak la jadi mak yang memaksa..Kalau dah suka, aku kahwinkan jela..
Nab: Aku ni bukan apa Leha..Kesian kat anak kau tu..Sekarang ni takpela duduk berdua je..Nanti bila dah dapat anak, susunya lagi, pampers lagi, semua tu kena pakai duit Leha..
Leha: Yela Nab..Nanti aku suruh menantu aku tu tukar profesion..Ko agak2 menantu aku tu boleh keje apa je lagi selain meniaga cendol??
Nab: Cer suruh dia jual burger pulak..Untungla sikit Leha oii...
Leha:????
Tabiat Suka Jaga Tepi Kain Orang
Alahai..Benda jaga tepi kain ni bukan benda baru..Daripada zaman nenek kita main batu seremban lagi benda ni dah jadik sebati dalam masyarakat kita..Selalunya yang selalu jaga tepi kain orang ni adalah mereka-mereka yang mulutnya becok serta murai..haha..Kalau satu hari tu tak mengumpat orang memang tak sah la..Macam tak lengkap je rasanya hari tu..
"Tak Mengumpat Orang Dalam Sehari,
Umpama Makan Roti Canai Tak Berkuahkan Kari"
-Dr. Kimi Osborne, 2012
Korang ni la..Biarkan la diorang nak jaga tepi kain sapa pun..Bukannya diorang sakitkan hati korang pun..Adoi..Gitu pulak yang dicakap pada kita..Abih tu, macam mana pulak kalau kain kita sendiri yang diselaknya..Takkan kita nak biarkan macam tu je Lijah oii..haha
Faktor-Faktor Wujudnya Tabiat Suka Jaga Tepi Kain Orang
1. Terlampau banyak masa lapang
Aduh, bosannya duduk rumah..Baik aku pegi round2 kampung..Manalah tahu ada cite hot ke..hoho..Bila dah masa lapang tu banyak, dengan takda keja pulak maka moh kite mengumpat..hoho
2. Budaya Turun-Temurun
Korang ni tak tau ke?? Budaya jaga tepi kain orang ni adalah budaya nenek moyang kita..Adalah menjadi tanggungjawab kita untuk memelihara budaya warisan ini..Eh, yeke?? Budaya yang boleh bawak ke Neraka ni pun nak kena kekalkan jugak ke??
3. Pengaruh Rakan Sebaya
Macam mana nak elakkan daripada mengata orang kalau kawan kita sendiri pun kuat mengata..haha..Mak cik-mak cik kat kampung tu pun terpengaruh dengan rakan-rakan la tu cuma umur tak berapa nak sebaya sangat la..hoho
Pening jugak MHZ memikiorkan perkara ni...
Adakah kerana keadaan ekonomi yang meruncing memaksa ramai orang suka jaga tepi kain orang?? Yeke?? Takkan la kot kan??..Banyak lagi benda lain yang boleh kita buat selain daripada menjaga tepi kain orang..Tapi tak best la..Tak sensasi la kalau tak mengumpat or mengata hal orang..Takda keseronokan la hidup kat dunia ni kalau gitu..haha..Nanti kat akhirat, berseronoklah kamu dalam Neraka sebab suka sangat mengumpat dan mengata hal orang..Jangan memain dik..Neraka tu, bukan Fun Fair..hoho
"Dosa Dengan Allah Kita Boleh Bawak Bertaubat,
Tapi Dosa Mengata Orang, Kena Mintak Maap Kat Orang Tu Sendiri"
-Ustaz Hakimi, Saluran Dakwah COOL fm
Itulah kehidupan..Orang takkan senang tengok kita senang..Ada je benda yang nak dikutuknya..Semua benda tak betul..haha..Nasihat MHZ kepada semua ialah janganlah kita suka sangat jaga tepi kain orang..Kalau benda-benda yang penting dan memerlukan khidmat kita kira takpe la kan..Kalau benda yang takda kaitan dengan kita tu elok dibiarkan jela..Bersangka baik itu kan lebih baik..hoho..
Itu saja buat kali ni..MHZ nak minum MILO dulu..haha..Bye2
3 ulasan:
assalamualaikum MHZ...betul tu dah x ada kerje la tu...tu yg dok asyik nak mengumpat org lain jer kerjanya...:)
Betul tu mama..cer pegi cari keje..tkadala masa nk jaga tepi kain orang kn..hoho
lempang kan ajer org gini heheheh
Catat Ulasan