5 Ogos 2011

Putus Tunang

Saluran Isu Semasa

Nab: Jah, ko dah dengar cite yang anak si Leha tu dah putus tunang.
Jah: Ya Allah, Betul ke Nab?? La, aku ingatkan cite tu tak betul Nab. Ada jugakla aku dengar orang dok menyembang pasal benda ni time aku gi beli ikan kat Market semalam. 
Nab: Betul Jah. Dah heboh satu kampung yang anak si Leha tu kena tinggal dek tunang dia. Anak si Leha tu sekarang pon dah tak keluar rumah, malu kat orang kampung.
Jah: Tu la Jah. Dulu bila si Man jual cendol tu masuk meminang anak dia, si Leha tu tolak mentah-mentah. Katanya nak menantu keje Drebar Kapal Terbang.
Nab: Aku sokong ko Jah. Tengok sekarang, senang je putus tunang sebab hari-hari naik kapal terbang jadi senangla nak lari. Kalau setakat jual cendol, mana sangatla nak boleh lari Jah ooii..

Putus Tunang
Pertunangan merupakan amalan biasa dalam Masyarakat Melayu Islam di negara kita. Amalan pertunangan bukanlah sesuatu yang wajib diadakan namun ia terus diamalkan sehingga ke hari ini disebabkan amalan ini yang sudah sebati dalam jiwa masyarakat Melayu di Malaysia. 

Kenapa orang bertunang??
Ha!! Kenapa ramai yang suka bertunang sebelum melangsungkan perkahwinan. Kenapa?? Tell me why??
Orang bertunang sebab nak menyatakan kepada orang ramai bahawa mereka tak lama lagi nak menikah. Itu sebenarnya tujuan utama pertunangan. Ada juga orang bertunang atas sebab-sebab lain. Ada orang bertunang sebab nak penuhi adat, ada yang bertunang sebab nak ikat pompuan tu supaya tak boleh didekati oleh lelaki lain dan tak kurang juga yang bertunang sebab mereka memang suka nak bertunang. 

Fenomena Pertunangan Hari Ini
MHZ hendak menyenaraikan beberapa fenomena tunang yang melanda masyarakat kita pada masa kini. Antaranya ialah:-

1. Pertunangan Yang Terlalu Lama
Baru je abis SPM, tapi dah bertunang. Punyala lama lagi masa. Nak masuk Universiti lagi. Lebih kurang 5-6 tahun tempoh pertunangan tu. Memang banyak dugaan yang nak kena tempuhi. Alamatnya, banyak yang kandas sebab jumpa orang baru kat universiti.

2. Pertunangan Dirancang Ibu Bapa
Si anak baru je masuk U, tapi mak ayah pulak dah sibuk nak tunangkan anak mereka ni dengan lelaki pilihan keluarga. Yang si anak ni terpinga-pinga sebab jodohnya telah pun ditetapkan. Mak dengan ayah kata ini semua untuk kebaikan si anak. Nanti masuk U, dah tak payah sibuk nak cari Bf. Anak diorang just perlu belajar je, sebab bakal laki, mak dengan ayah dah tolong carikan.

3. Pertunangan Secara Paksa/Tak Rela
Ini memang masalah. Perkara macam tunang ni memang tak boleh nak dipaksa-paksa. Ia perlu lahir daripada hati yang suci selembut Safi Rania Gold..haha..MHZ bukannya apa..Tunang ni nak membawa ke arah perkahwinan..Kalau si lelaki or si perempuan tu dah tak rela, janganlah dipaksa mereka. Nanti kalau putus tunang, mak bapak jugak yang malu.

Nasihat MHZ ialah kalau nak bertunang tu, fikirlah dulu sambil tolong mama masak-masak kat dapur. Janganlah dibuat keputusan yang melulu kerana kita tak mahu di kemudian hari, kita semua bakal menyesal nanti. 

"Ingat, Sesal Dahulu Pendapatan, Sesal Kemudian, Cendol Pun Dah Tak Berguna Lagi"
Itu saja buat kali ini. Bye2..

4 ulasan :

SyuE berkata...

setelah dua hari menyepi, MHZ muncul dgn post yg kababommm.. haha.. ;p
btw, nk mtk sedikit pandangan MHZ utk post terbaru syu - http://honeybeesyue.blogspot.com/2011/08/buat-para-wanita-dan-lelaki.html

Mohd Hakimi Zulkifly berkata...

MHZ pun byk menyepi dlm kebelakangan ni..tkde idea sgt..huhu

Norhisham Nordin berkata...

hurmmm, menarik entri ni bro...kdg2 benda tunang2 ni org suka buat main jek... nak tunang..? tunang jek laa... kalo tak suka nanti boleh putus... selalunya tu laa yg jadi skang...

ana raisya berkata...

tunag pun ley jadi isu kan..dulu-dulu tak de pun..huhu