20 Ogos 2011

Kenapa Ramai 'Girls' Gilakan K-Pop?


"Kenapa Ramai Perempuan Minat K-Pop?"
Wahai gadis-gadis di luar sana, jangan marah MHZ tau..Ini hanya sekadar pandangan peribadi MHZ..Kalau ada salah dan silap, MHZ terlebih dahulu menyusun 10 jari memohon kemaafan..haha..ni MHZ tengah susun jari la ni..nampak tak??haha..kalau tak nampak, maknanya dia nak dapat Madu..Sebut je dapat madu, kompom kata nampak..haha

MHZ bukanlah selalu pun tengok K-Pop ni..Bahkan tidak ada langsung lagu-lagu berunsurkan K-Pop dalam Laptop MHZ..Cuma kadang-kadang tangan ni ada gatal-gatal jugak sampai ter'Search' video-video K-Pop di laman Youtube dan kemudiannya ter'Play' video-video berkenaan..Dari situlah MHZ mula mengenali apa itu K-Pop dan dari mana salasilah keturunan mereka..

Mengikut Mak Cik Cendol (2011), K-Pop ni sebenarnya Kedah Pop sebab dia kata Pak Man Jual Tebu cerita orang Korea tiru kita masa depa mai berdagang di Lembah Bujang dulu. Kat Lembah Bujang time tu, ada budak-budak Kedah ni dok buat persembahan tarian kat pelabuhan. Dapatlah duit sikit buat belanja sekolah bila menari kat situ. Orang-orang Korea yang datang berdagang di situ sangatlah meminati budak-budak tu sampaikan setiap album budak-budak tu semuanya depa beli. Lepas tu, bila balik Korea, dek kerana minat yang melampau, depa tukar nama daripada Kedah Pop kepada Korean Pop padahal orang Kedah sebenarnya yang cipta dulu..Depa tu tiru ja..haha

Ok..sudah-sudahlah MHZ merepek ye..hoho..Sekarang Kita Berbalik kepada K-Pop..
Apa itu K-Pop? 
K-Pop atau Korean Pop merupakan sejenis genre muzik yang menggabungkan elektronik, hip hop, rock serta muzik R&B. Genre muzik K-Pop ini mula diperkenalkan di Korea Selatan pada awal era 90-an. 

Ok..Secara ringkasnya kita dah tahu apa itu K-Pop namun persoalannya di sini, kenapa ramai perempuan di luar sana gilakan sukakan K-Pop..Sambil-sambil korang baca entry ni, korang boleh tengok video 10 lagu terbaik Kumpulan K-Pop Lelaki di bawah sambil menggigit bantal..kalau takde bantal, gigit je hadiah 'Bear' ex-bf korang tu (marah kat MHZ la tu..haha)..

(Khas buat para peminat K-Pop)
(Dalam hati pembaca: video ni buat apa..dah seribu kali dah aku tengok..hoho)

"Kenapa Ramai 'Girls' Gilakan K-Pop?
 1. Pergh..Hensem siot...
Ini memang yang teratas dalam carta..Baik korang ngaku cepat..korang suka K-Pop sebab diorang hensem-hensem kan..Takyah nak mengada tak nak mengaku..menyampah aku..haha

"Eh, takdela MHZ..kami suka K-Pop sebab muka diorang sedang-sedang saja"
Banyaklah korang punya sedang-sedang sahaja..haha..Takpe2..Tiada apa yang patut dimalukan..Kalau MHZ  jadi 'girl' pun maybe MHZ akan jatuh hati kat K-Pop sebab diorang very the handsome..hoho
p/s: MHZ tak Gay ye..take note please..hoho

2. Lagu diorang dah la best..mantop pulak tu... 
Ini MHZ awal-awal lagi angkat bendera putih..Memang betul yang rentak serta irama lagu diorang sangat best  plus mantop..Walaupun tak paham sepatah haram pun apa yang diorang nyanyi namun K-Pop tetap di hatiku..huhu..
p/s: Kalau cakap kedah, boleh jugak paham ye dak..haha

3. Fesyen rambut dan baju mereka stylo gila
Ada yang rambut pacak..ada yang rambut sampai tutup dahi..ada yang panjang berjela..macam-macam  ada..cuma yang botak, MHZ tak pasti..Ada ke yang botak??haha..Baju pulak kemain lagi..lip lap sana..lip lap sini..sekejap hitam..sekejap putih..Tengok K-Pop ni hakikatnya umpama melihat model-model fesyen baju dan rambut menari sambil menyanyikan lagu yang kita tak paham langsung..
p/s: baju-baju K-Pop kini boleh mula didapati di Pasaraya Hari-Hari yang berhampiran 

Itulah dia 3 sebab yang menghuni tempat teratas Carta 'Kenapa 'Girls' Gilakan Sukakan K-Pop'..
Kepada 'girls' di luar sana, jangan marah ye..haha

Setakat itu sahaja buat kali ini..
Eh, nanti-nanti..Ada lagi ni MHZ nak cakap..Korang sedar tak yang kita sudah ada K-Pop tempatan sekarang..Kalau tak tahu lagi, jom kita saksikan video di bawah..hoho

(Video Kumpulan K-Pop Tempatan)
(Jom Layan dan Bandingkan Mereka dengan K-Pop yang Asli)

"Pesanan MHZ ialah cintailah barangan buatan tempatan"

9 ulasan:

biela bell berkata...

nak menyibuk jap.bel xsuka kpOp..eskem pop suka la..hehehe

Unknown berkata...

hehe..betul2 nape minat kpop tu

lisa lis berkata...

wohohohohohohoho....

sy mmg xminat k-pop.. hehehehehehe~

Mr.She berkata...

x minat pon k-pop, tp kadang best gak tgk dorg mnari.heee >.<

beluncas ^.^ berkata...

i kureng sikit k-pop .. tapi bf i tuu . fuhhh ! gyla betol bab2 korea neh ./ haha

* A N A N * berkata...

XD! nice entry bout k pop..

Mohd Hakimi Zulkifly berkata...

haiya..knp yg komen kt sini smua tk minat k-pop ni..haha

Tanpa Nama berkata...

Lia minat k-pop. tapi taklah semua lagu dia Lia minat.

tak di nafikan tiga-tiga sebab tu berkaitan dengan Lia suka k-pop. :D

Unknown berkata...

sbnarnye bg peminat k-pop yg sbnar.. kitorang lebih mnghargai kerja keras diorang yg jd trainer brtahun tahun sebelum debut jd idol.. lgpon diorang sporting n humor.. bkan senang na jadi artis cm diorang..n diorang brani cuba plbagai genre music utk nmpak kelainan.. peace..