15 Julai 2011

BEN ASHAARI dan SEKOLAH


PERINGATAN
'Jangan Terkejut!! Blog COOL fm ni ala2 Radio..jadi memang ada background music ala2 DJ rekaan MHZ sendiri..kalau bising, 'off' kan saja music tu yang ada di bahagian bawah blog'
-pesanan maaf ini dibawakan khas oleh Mak Cik Cendol Orang 'Village'

"KANTIN SEKOLAH"

Salam COOL fm semua. Ok, kali ni MHZ merasa 'excited' bebenor melihat tajuk segmen abang Ben kita kali ni. Sungguh cantik tertarik kau memang 'CENDOI'. 

Abang Ben kata, 'kalau sebut je sekolah, apa yang kita ingat'.

Hadoi, tatkala perutku lapar ni, keluar segmen cenggini dari Abang Ben. Apa lagi, terus fikiranku melayang pada sebuah bangunan yang glamor dipanggil sebagai 'KANTIN SEKOLAH'.

Definisi Kantin
Mesti ramai yang dah tahu bila sebut je pasal 'Kantin' tapi 'maybe' mak cik cendol dan pak cik goreng pisang tak paham dengan maksud kantin. 'Kantin' ni merupakan tempat orang2 yang kehausan makanan pergi mengisi kekosongan di perut. Maknanya, kantin ni tempat orang lapor je dik. 'KANTIN SEKOLAH' pulak adalah tempat orang-orang yang lapor di sekolah. Tak kira la cikgu sekolah ke, staf ke, pak cik guard ke, budak-budak sekolah ke or even 'nurse yang datang nak bagi BCG pun', kalau lapor je, maka kantin sekolah la tempatnya.

Kenapa Mesti Kantin?? Kenapa tak tandas?? or Surau ke??
Ek leh..Ni yang gua panas ni..Gua suka kantin..suka hati gua la..haha..takdela..kantin ni sebenarnya membawa pelbagai nostalgia kepada semua orang..Nak tahu kenapa gua tak pilih tandas dengan Surau..

TANDAS: Budak2 laki yang suka jaga jambul rambut je lepak sini..mamat2 selekeh dengan minah2 lawa semua lepak kat kantin..
SURAU: Time solat je ramai..Itu pun ramai yang lari..Takut ustaz suruh jadi imam..

Kantin Ni Tempat UNIVERSAL  
Korang cakap je..Awek Cun, Mamat Skema, Abang2 Otai, semua lepak kat sini beb. Time ni la lu nak usha awek semua kan. Dalam kelas, mana ada masa nak 'EYE WASHING' ni..

(Dialog Popular Di Kantin)
Pengawas: Eh, beratur2..Jangan nak potong2..nanti aku tulis nama..Tu, pinggan tu letak dalam besen..
Mamat 1: Ek eleh, baru jadi pengawas dah berlagak..rambut dah la sikat tepi..
Mamat 2: Betulla..Menyampah aku..Hari tu, aku potong line..dia tulis nama aku..nasib baik cikgu tak panggil aku..kalo tak, rotan pasti hinggap di punggungku.. 

Kantin ni tempat mencari ketenangan..Yela, lepas setengah hari kena bebel dengan cikgu..lepas satu jam kena berdiri luar kelas..lepas kena marah tak siap kerja rumah..'waktu rehat' di kantin la yang bisa menenangkan hati yang duka itu..

Bihun Sup: RM 0.50
Nasi Lemak: RM 0.50
Air Oren: RM 0.20
Nasi Ayam: Rm 1.50 

Agak2 kalau kat kedai2 makan kat area Penang ada tak harga cenggini??Haha..Memang tak dapatla..Apa2 pun, 'Kantin Sekolah' dah banyak mengubah hidup aku..hoho..dah macam ayat orang kena temu ramah dengan TV je..

Kantin Sekolah Membawa 1001 Nostalgia..
Eh, Mak Cik..Nasi Lemak tarok Ikan Bilis Lebih Satu..


5 ulasan :

Lulu Caldina berkata...

entri yang terbaik, dan buatkan lulu juga terkenangkan masa persekolahan :)

Marina berkata...

Huhu...dulu laksa 20sen je...nak beli 50 sen punye makcik kantin tak bagi, cikgu je boleh beli...

Hukuman di Sekolah

farah hanim berkata...

singh sini ye awk2 :)

sue perbs.. berkata...

murah nye mknn kat kantin tu

Mohd Hakimi Zulkifly berkata...

sama2 kita mengingati era kantin..hoho