2 Januari 2011

Budak Law Sombong?? Sejauh Mana Kebenarannya..


Perhatian..Cerita Ini Tiada Kena Mengena Dengan Yang Hidup Mahupun Yang Telah Meninggal Dunia..-MHZ, Cool fm

 (Sedutan Filem 'Pakweku Budak Law' arahan MHZ fdam)
"Senah, kau tengok tu..Bajet gila..Pakai baju Hitam Putih datang kelas..Menyampah aku tengok" Kata Jenab pada Senah sambil menjuihkan bibirnya tanda menyampah. "Entah..Berlagak nak mampos..Ingat kita heran sangat dia budak Law" Senah menambah tanda sokongan pada statement si Jenab. "Aku pun heran..yang diorang nak menunjuk-nunjuk sangat diorang budak Law tu pehal..ingat hebat sangatla..dah la Law UUM je pun..kalau Law UM, UKM ke or UIA ke takpela jugak" Jenab menambahkan bahang dan sama sekali merancakkan kegiatan kutukan yang tidak mendapat permit polis itu. "Aku ni Jenab..Memang menyampah betul dengan diorang tu..Kadang2 macam nak hempuk je dengan 'heel' aku ni" Senah bersuara tanda geram. 

"Eh, dia datang sini la" Jenab tampak resah. Dia tidak menyangka pelajar yang dikutuk mereka itu sedang berjalan ke arah mereka. "Weh, Jenab..Apa kita nak buat ni?..Takkan dia dengar apa kita cakap tadi" Senah turut risau akan keadaan itu. "Ish..Tak kot..Takkanla dia dengar..Aku tak rasa dia dengar apa kita cakap tadi" Jenab cuba menenangkan keadaan.

"Maaf ya..Kami tak kata apa-apa pun kat awak..Kami cuma bergurau je" Jenab cuba membela dirinya. "Hah..Kata apa plak??Takde..Saya cuma nak ambik buku saya..Ha, buku ni..Saya terlupa nak ambik tadi" Jawab pelajar perempuan itu yang merupakan pelajar undang-undang semester 1. 
"Oh, yeke..Kami ingat apa tadi" Senah tampak lega dengan suasana itu. "Terima kasih ye sebab tengokkan buku saya. Assalamualaikum" Pelajar perempuan itu kemudiannya berlalu pergi. Ketika itu, Jenab dan Senah hanya mampu menarik nafas lega sambil mengunyah chewing gum perisa kacip fatimah keluaran orang kampung.

Ikuti wawancara Lelaki Hari Ini (LHI) tentang 'Budak Law Sombong?? Sejauh Mana Kebenarannya

Lelaki Hari Ini (LHI)
'Budak Law Sombong?? Sejauh Mana Kebenarannya'

MHZ: Apa khabar semua? Assalamualaikum dan salam LHI kepada semua penonton LHI yang tidak jemu2 dalam memberikan sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada rancangan ini. Diharapkan agar program ini akan terus-menerus mendapat sokongan para penonton. Baik, tajuk hari ini, 'Budak Law Sombong?? Sejauh Mana Kebenarannya'. Bersama kita hari ini ialah Prof J. Prof, boleh tak prof definisikan siapa itu budak Law? Silakan prof.

Prof J: Baik. Terima kasih MHZ kerana sudi menjemput saya. Tadi saya singgah kat Warung Pak Leman kejap, lama tak minum Teh Tarik kat situ. Dia ada jugak jual pek cendol 3 in 1 saya tengok tapi saya tak beli la plak sebab gaji pun tak masuk lagi kan. Berbalik pada budak Law, mereka ini sama saja seperti pelajar-pelajar universiti yang lain. Yang bezanya ialah program yang mereka ambil iaitu program undang2. Bila dikatakan budak Law, semestinya kita akan kaitkan dengan mereka yang mengambil undang2 dan bukannya mereka yang meminati undang2. Itu kita kena faham la. Sangat mudah definisi budak Law ni sebenarnya cuma kena banyakkan latihan lagi untuk mengetahui maksud yang lebih mendalam.

MHZ: Prof, lambakan pelajar mengatakan budak2 Law ni sombong. Ternyata ini bukan fenomena hari ini bahkan dari dulu lagi. Apa komen prof tentang kenyataan ini?


Prof J: MHZ, kita ni manusia biasa. Semua orang melakukan kesilapan cuma kita kena pastikan jangan kita ulangi kesilapan itu. Saya tak merasakan ini suatu perkara yang serius. Ini hanya situasi biasa yang terjadi setiap hari bahkan boleh dikatakan setiap masa. Bukan sahaja budak2 Law, malahan pelajar2 program profesional yang lain turut dilemparkan tohmahan yang sama. Ini lumrah. Tidak akan ada situasi di mana semua orang akan berpuas hati dengan kita. Kalau mereka mengeluarkan kenyataan 'Budak Law sombong', itu hak mereka. Itu hak mereka untuk membuat andaian. Kebenarannya bukan begitu, itu hanya sekadar andaian. Andaian sama sekali tidak boleh dijadikan sebagai sandaran atau hujah. Bagi saya, selagi mana kita melakukan sesuatu itu berlandaskan kepada Islam maka usah hairan akan kata2 orang. Yang penting, apa yang kita lakukan itu tidak salah di sisi undang2 dunia dan akhirat. 


MHZ: Prof, pada pandangan prof, mengapa andaian sebegini boleh timbul?


Prof J: Kita harus sedar kenyataan yang mengatakan 'budak2 Law sombong' itu hanya sekadar dakwaan. Saya tidak menolak mahupun menafikan ada budak2 Law yang bermasalah mahupun sombong. Namun itu bukan alasan ataupun sandaran bagi menghukum budak2 Law secara keseluruhannya. Kiranya ada yang agak bermasalah, maka itu tidak dapat kita nafikan cuma kita harus adil dalam mengadili apa2 perkara kerana yang melakukan kesalahan itu hanya seorang dua dan janganlah dihukum akan kesemuanya. 

MHZ: Jadi prof, apakah saranan prof pada semua?


Prof J: Kita harus sedar yang tidak ada manusia yang sempurna. Saya juga berkawan baik dengan rakan2 dari program yang lain tidak kira dari CAS, COB mahupun COLGIS. Malahan beberapa rakan karib saya dari Pengurusan Awam, Pengurusan Pembangunan dan juga Intaff. Kami cukup mesra dan kami tidak pernah mengenal erti kasta program dalam menjalinkan persahabatan. Kita keluar sebagai lepasan universiti yang berjaya dan kita tidak akan membina kehidupan hanya bersama-sama rakan yang bernaung di bawah satu program dengan kita sahaja. Saya mungkin keluar sebagai peguam namun saya akan bersosial dengan golongan yang terdiri daripada pelbagai latar belakang dan bukannya dari latar belakang  undang2 sahaja. Jadi, kita harus hidup secara harmoni tanpa mengenal erti program kerana di sisi Allah SWT, tidak wujud soal program, tidak wujud soal kerjaya. Bahkan di sisi Allah SWT, semua manusia adalah sama, yang membezakan hanyalah taqwa kepada Yang Maha Esa. 


MHZ: Terima kasih Prof. Semoga berjumpa lagi di LHI. Assalamualaikum.


'Kita mungkin dari program yang berbeza, namun bersatulah kita kerana kita bernaung di bawah universiti yang sama..Kita mungkin dari produk yang berbeza namun kita berasal daripada jenama yang sama yakni Universiti Utara Malaysia'



1 ulasan:

super-1 berkata...

rajin betul gampang ni wat entry cmni...syabas beteh...