31 Disember 2010

Permata yang menjelma...Azam baru yang diredhai-Nya

Lain sungguh rasa hati MHZ bila 2011 bakal menjelma. Umur dah semakin meningkat. Diharapkan diri ini akan bertambah matang. Jangan berfikiran sempit, senantiasa positif, lakukan yang terbaik setiap masa dan apa yang penting ialah lakukannya kerana Allah SWT dan moga2 beroleh keredhaan dari-Nya.

Saluran Dakwah Cool fm

Azam Baru yang Melalaikan
Dalam bahang menyambut saat tahun baru masihi ini, janganlah kita alpa dan lalai. Tahun baru hijrah juga baru sahaja membuka tirai. Maka tahun hijrah itu jangan sesekali kita lupakan. Pada saat itulah, perjuangan Islam bertapak kukuh di bumi Madinah Al-Munawwarah. Sekiranya hijrah itu tidak berlaku, maka tiadalah Islam yang gah pada hari ini. 

Dalam kehangatan menyambut tahun baru 2011, kita tidak akan terkecuali dalam meletakkan azam yang baru. Semua orang bakal meletakkan sasaran yang ingin dikecapi. Tapi pernahkah kita terfikir apakah azam itu selari dengan tuntutan Islam??..Kebanyakannya tidak. Mereka hanya berazam tanpa memikirkan apa-apa pun yang bakal terjadi. Berazam ingin merampingkan badan dan mempamerkannya pada yang bukan muhrim. Berazam mahu menampilkan gaya artis yang tidak bertudung tanda mengikut arus moden tanpa memikirkan azab Allah SWT. Berazam hendak menghabiskan masa dengan perkara2 lagha yang sama sekali tidak diredhai Allah SWT. Apakah itu semua yang kita anggap sebagai azam??..Jika itu yang kita fikirkan azam maka hentikanlah dan kembalilah ke jalan yang berlandaskan syariat Islam. 

Berazamlah ke arah yang lebih baik mengikut tuntutan Islam 

Sampai bila kita mahu jadi begini. Apakah jawapan yang hendak kita berikan kepada pencipta kita?. Apakah cukup sekadar laungan tahun baru dan mengenakan pakaian baru yang dilaknat Allah SWT. Apakah cukup dengan azam baru yang tidak berlandaskan syariat Islam? Apakah cukup dengan caci mengata, fitnah menfitnah yang akan kita bawa tika menghadap Allah SWT nanti? Sama sekali tidak. Berazamlah dengan baik. Ingat pada Allah SWT yang menciptakan kita. Bila lagi kita mahu berubah? Jangan kita guna alasan belum bersedia. Mengapa tidak menutup kepala? Saya belum bersedia. Mengapa tidak menunaikan solat? Saya belum bersedia. Mengapa belum berpuasa di bulan Ramadhan? Saya belum bersedia. Mengapa menerima rasuah, menfitnah, serta mengeji? Saya belum bersedia berhenti darinya. Adakah itu jawapan kita nanti pada Allah SWT, tuhan pencipta alam. Pernahkah kita terfikir?..Tatkala saat Malaikat Izrail mahu mencabut roh kita kelak, apakah dia akan bertanya kita bersedia untuk mati atau tidak??..Tidak sahabat-sahabatku, tidak wujud soal sedia atau tidak di kala itu..Yang ada hanyalah bekalan amalan ke akhirat sahaya. Baik amalan kita maka baiklah, buruk amalan kita maka buruklah. 
Wanita Solehah itu Permata Dunia
 Wahai para wanita, ingatlah bahawa kamu itu adalah kurniaan Allah SWT pada para lelaki. Janganlah terjebak ke dalam kancah kehinaan. Lelaki yang hina juga mahukan perempuan yang baik sebagai temannya, Maka kembalilah ke jalan yang benar. Nescaya hidup kamu akan selamat di dunia dan juga di akhirat. 'Perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan sebaliknya'. Jadilah solehah dahulu sebelum menginginkan yang soleh. Tidak mungkin lelaki yang soleh akan memperisterikan wanita yang tidak ingat akan tuhannya, yang mempamerkan susuk tubuh pada yang bukan  muhrim, mahupun yang alpa dengan urusan keduniaan.
Wanita solehah itu permata dunia, Maka golongkanlah dirimu menjadi sebahagian darinya. Insya-Allah tempatmu nanti di Syurga Allah SWT. Ingatlah pesan nabi, kaum Hawa merupakan yang paling ramai menjadi penghuni Neraka Allah maka janganlah kamu tergolong darinya. 

Aku bersyukur pada Allah SWT. Dengan kedatangan tahun baru hijrah beserta tibanya tahun 2011 masihi, aku mengharapkan sinar baru bakal menjelma. Permata dunia bakal menjelma. Agar hidup tenang dan sejahtera di samping memperoleh keberkatan dari-Nya.

Selamat Menyambut Tahun Baru Hijrah dan Tahun Baru Masihi

2 ulasan :

Keyrill Eduardo Willeyhem berkata...

happy new year and wish you success in whatever you do... ;)

Mohd Hakimi Zulkifly berkata...

thank you keyrill