12 November 2010

Memori Prep School Siri 6

Memori di Prep School (Edisi khas: PSL Vege FC)
Karya Mohd Hakimi Zulkifly 

Batch 0711


Pasukan ini dinamakan Vege sebab niat sebenar kami tak mahu nak menunjuk-nunjuk kepada orang lain dengan mengatakan team ini hebat. Letak nama bodoh2 tu kira macam rendah diri la. Nama sebenar yang kami nak letak ialah Vegetable FC tapi nanti nampak sangat pulak. Jadi sembunyi la sikit nama sebenar tu walaupun selepas itu semua orang tahu jugak pasal nama tu,dah tak payah nak sembunyi-sembunyi lagi.

Oleh kerana team ini dianggotai oleh para pelajar tingkatan satu jadi kaptennya ialah Fikri yang merupakan budak Dorm F. Aku pula mengetuai bahagian pertahanan pasukan itu yang menyaksikan jarang gawang gol kami dibolosi. Bajet mantap la sangat kan.

Aku bermain dalam kesebelasan utama pasukan ini. Kadang-kadang aku mendapat peluang bermain di posisi midfield tapi jarang2 diletakkan di posisi itu kerana aku kurang menyengat di posisi berkenaan. Aku gemar bermain di posisi pertahanan tengah kerana ia lebih mudah untuk aku mengawal benteng pertahanan.

Eloklah kalau aku ceritakan serba sedikit tentang pemain-pemain pasukan ini. Pertama sekali penjaga gol, namanya Imran Nabil. Okala jugak dia ni. Aku bermain di posisi pertahanan tengah. Hanif, Mujahid, Nabil dan Benyamin sering kali bermain di posisi pertahanan bersama aku. Di posisi tengah pula menyaksikan Syahmi dan Fikri akan bermain di posisi winger. Ehsan pula defending midfielder. Syafiq Ehsan pula lebih gemar diletakkan di posisi attacking midfielder. Di posisi serangan pula selalunya diisi Wan Ariff dan Helmi. Pasukan kami nampak mantap dengan kepelbagaian bakat serta kebolehan masing-masing.

Seronok betul bermain dalam liga ni sebab kita bermain dalam keseronokan dan dalam masa yang sama ia dapat mengeratkan lagi hubungan antara warga Prep School sebab sebelum ni tak pernah ada batch yang berjaya menghabiskan liga ni sebab macam-macam punya masalah. Aku sebenarnya mula-mula jadi macam malas nak main tapi kemudian dah jadi seronok sebab dapat hilangkan tension belajar hari-hari kan. Ada juga masa kita nak rilex la sikit kalau tak dapat banyak pun.

Aku pun dah jadi lupa nak cerita apa pada malam ni sebenarnya. Aku rasa eloklah kalau aku rehat dulu sebelum aku merepek macam-macam lagi kan.Okla, nanti tunggu akan sambungannya ok.

Bersambung...

Tiada ulasan: