19 November 2010

Facebook buka/tutup jalan cinta..Betoi ka??

MHZ rasa masih belum terlambat untuk MHZ mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha pada semua rakan blogger sekalian. Tak dilupakan Selamat Pagi Yop pada Mak Cik Jah, Kak Leha, Auntie Rosie dan Pak Cik Kob yang sekarang ni berada di ofis masing2 sambil pekena kopi Che Nah secawan dengan biskut kering keluaran Hup Seng.Ditambah pula dengan roti cicah tempoyak.


Salam Perantauan kepada semua rakan2 blogger sekalian,
Terima kasih kerana sudi mengikuti secara live proses perkembangan blog Cool fm ini. Meskipun kita tahu proses pengembangan serta pengecutan ni telah kita belajar masa amik Sains time UPSR dulu. Sebagai contoh, pengembangan dan pengecutan landasan kereta api. Ingat lagi tak? Ingat lagi kot ye yop. Cool fm akan terus menerus cuba menge'post' pelbagai entry terutamanya soal cinta bagi menghangatkan dunia blog ini. 


Alamak, lupa pulak teman ni. Apa kes MHZ tulis tajuk pasal 'Facebook tutup jalan cinta' ni. Jom, kita saksikan. Moh kite.

(MHZ dalam Loghat Kedah..kalau agak tak paham, boleh buka Kamus warna hijau kuning)
'Facebook tu apa?'
Definisi Facebook: Facebook ni apa nama merupakan satu laman atau platform untuk sesiapa saja secara percuma membuka akaun untuk beramah mesra serta bersosial sesama rakan dan taulan. Kita apa nama boleh bukak akaun pasai kita, boleh buat group kita, boleh komen tang tu, boleh kuiz tang ni, boleh Like serba serbi la orang Kedah kata..Orang Kedah la kata, saya tak kata noh..haha


(Petikan Kata2 dari Kampung Jagung)
'Betoi ka Facebook tutup jalan cinta?'-Mak Cik Tipah
'La..kalau hang tak pecaya, hang tanya Li..Dia bukak facebook tadi'-Bang Leman
'Awat ni..Dok merepek apa la hampa ni?'-Lebai Omar
'Betoi la..Aku bubuh status widowed..bini aku baru tinggai aku kelmarin'-Pak Kassim

Amboi, Mak Cik Nab hat dok dok besiang bawang tu pun nak tau jugak ka?? haha.takpa, ni MHZ nak habaq mai..

'Status dalam Relation yang ada Ship' atau nama klasiknya 'Relationship Status' 

Apakah anda ketahui apa kesannya perkara ini dalam hidup anda? Ia mampu membuka jalan cinta atau menutup jalan itu buat selama-lamanya. Aik, macam cerita horror la pulak ayat tu ye. Ramai yang tak tahu kesannya atau mungkin dia rasa macam ok je kalau buat macam tu. Namun di sebalik ke'ok'an itu, ada impaknya mak cik cendol sekalian.

Kalau status 'Single'
 Pergh..kalau awek tu status 'Single', mesti friend ribu2 punya wa cakaplu..lu tak caye, lu gi check sendiri la..dah la cun, single pulak tu..pergh, mesti ramai gila yang add..bukan kata laki, pompuan pun add..tapi laki yang lebihla..haha..kalau online kat chatting je, suma nak chat wa cakaplu..sampai tak terlayan setengah daripadanya lah..haha..berani, cubalah..

Bila dah 'Open relationship'
Korang paham ke idok apa benda open relationship ni. Open relationship ni adalah cinta yang tak nak komitmen. Dalam masa kita cinta tu, kita bebas untuk kawan dengan sesiapa saja dan teman kita tu tak boleh nak marah. Sebab tu, kita guna istilah 'Open'. Kalau tahap ni, boleh lagi la..Rasanya okla kot..tapi kurang menyengat la..haha 

Aik..widowed??
Haha..Ini paling tak boleh blah..Aku tengok minah ni tak kawin lagi..tapi status widowed..memang lawak la..rupa-rupanya baru clash dengan bf..patutla pun..mungkin status ni untuk menunjukkan tanda2 berkabung..kita doakan you dapat jodoh cepat ye..

In a relationship dengan it's complicated
Alahai..ini memang banyak orang buat..Tak salah benda ni..Sebab nak mengikat bf or awek dia..benda ni memang berkesan tahap cipan..Tak percaya, cubalah dulu. Try la letak status macam ni, memang lu takkan sesensasi dulu la..mungkin hot jugak tapi tak se'hot' yang dulu..bf or gf lu memang susah la nak main kayu tiga sebab satu dunia dah tahu dia tu lu punya..haha..effect dia bila clash la..orang lain dah tengok gambar lu dengan dia..peluk sana, peluk sini..jadi susah sikit la untuk orang terima lu..tapi kalau lu cun, memang takde hal la..even lu peluk dia pun, lepas clash, ada je yang tunggu..haha

Benda ni nampak simple tapi penting ooo...try la cuba kalau nak tahu..inilah antara benda first orang akan tgk kat info kita..benda relationship ini akan menentukan dasar seseorang dalam mendekatkan diri mereka dengan kita dalam dunia facebook..


Maafkan daku kalau ada salah laku..MHZ, Tulis je sesuka hatiku..




 

4 ulasan:

atiqah idris berkata...

kat fb ade lagi 1 status baru arr.. seperated.. hehehe.. kalo nie pe plak cite nyer??

Mohd Hakimi Zulkifly berkata...

haha..yg separated tu no komen..sebab tk pernah wt apa2 kajian pasal tu..haha

KucingMalas berkata...

memang betol tu.. dulu aku ade makwe.. memang low la profile aku kat fb.. la ni dah 3 bulan single dan bubuh single kat status fb tu trus up frend list aku.. klo dulu takat 1, 2 ratus jew.. la nie dah nk seribu dah ekekeke.. myB affeck pada single tu kot yg ramai add aku kt fb.

Mohd Hakimi Zulkifly berkata...

Betul tu KucingMalas..orang slalunya akan tgk situ dlu before nak add or approve kita..haha