15 November 2010

Cinta Terbengkalai..Ada ke??-MHZ

COOL fm: Segmen Lelaki Hari Ini (LHI)
'CINTA TERBENGKALAI'

Apa khabar Pak Meon, Mak Lijah, Auntie Senah dan tidak ketinggalan Uncle Samy. Diharapkan agar semua berada dalam keadaan yang sihat hendaknya. Dah brekfast ke belum? Jangan biarkan perut kosong. Takut nanti tak punya tenaga dan tidak cukup cergas dalam mendapatkan gosip-gosip hangat terkini. Kalau takde gosip, tak meriah hidup kita kan. Amboi, marah pulak nanti ustaz sebelah rumah Cikgu Ros tu kan. Takdela, MHZ gurau aje yop.

Cinta Terbengkalai
Pada hari yang penuh gemilang ini, MHZ nak membawakan anda tentang satu isu cinta yakni 'Cinta Terbengkalai'. Mesti ramai yang kat luar tu yang terpinga-pinga apa maksud Cinta Terbengkalai ni sebenarnya. MHZ akan memberikan definisinya dahulu sebelum mengorak langkah yang seterusnya. 

Definisi Cinta Terbengkalai: Cinta yang terbina di awalnya dengan kemesraan dan kebahagiaan tetapi kemudiannya bertukar kepada duka dan sengsara namun tidak pernah ada penghujungnya atau titik noktah kepada hubungan itu. Cinta itu terbiar begitu tanpa dibajai mahupun diputuskan secara terus.  

Rumah ini ku umpamakan Cinta Terbengkalai
   
Jadi, bagi menambahkan lagi kehangatan kita di kala ini, MHZ ingin memperkenalkan tetamu jemputan kita pada hari ini iaitu Prof. Jiwang. Mari kita sama2 meneliti hasil temubual pihak Cool fm dengan Prof. Jiwang.

(Temubual Eksklusif Bersama Prof Jiwang)
MHZ: Selamat menonton Lelaki Hari Ini (LHI). Terima kasih kerana sudi bersama kami. Bersama kita pada hari ini, seorang tokoh cinta yang terkenal iaitu Prof J. Selamat datang Prof.
  
Prof J: Ya, terima kasih. Sedap cendol depan pejabat Cool fm ni. Saya selalu jugak makan kat situ kalau time boring2. Menantu mak cik cendol tu dulu satu batch dengan bini saya masa kat Convent Bukit Nenas dulu.


MHZ: Aik, bila masa Prof makan cendol tadi?? Saya tak nampak pun.

Prof J: Saya memang tak makan lagi. Tadi saya take away je kat drive through gerai cendol tu.

MHZ: Okla Prof. Kita tak mahu membuang masa. Topik kita, 'Cinta Terbengkalai'. Apa pandangan Prof?


Prof J: Saya rasa bukan saya seorang tapi ramai yang di luar sana sedar akan fenomena ini. Kita tak dapat nak nafikan bukan senang untuk pihak kerajaan mengambil tindakan. Benda ini semakin serius. Lambakan projek perumahan terbengkalai di luar sana. Kita harus ikhtiar segera dalam menangani krisis ini.

MHZ: Prof, yang saya tanya tadi pasal Cinta Terbengkalai, bukan projek terbengkalai. 


Prof J: Ala, saya saja je nak gurau dengan penonton. Takkan tak boleh kot. Cinta ni simple. Cinta jadi rumit bila kita rumitkan cinta. Nak tonjolkan cinta, kena buat ini, kena buat itu. Jadi cinta yang mudah dah jadi susah. Bila susah je jadinya cinta ini maka 'possibility' untuk ia terbengkalai mempunyai peratusan yang tinggi. 


MHZ: Apakah ciri2 cinta terbengkalai? Boleh tak Prof nyatakan di sini?


Prof J: Boleh2. No hal bro. Daripada kajian saya, saya dapati banyak sebenarnya kes2 yang melibatkan cinta terbengkalai ni. Antara simptom2 atau tanda2 cinta terbengkalai ialah salah seorang pasangan mendiamkan diri tanpa memberi apa2 khabar berita, tidak memberi kata putus atau pendirian tentang status perhubungan, tidak memberi layanan yang seharusnya diberi pada kekasih, punya teman yang lebih mesra dari kekasihnya sendiri, mendiamkan diri setelah 'declare' couple, mengaku bercinta namun jarang bersua dan berhubung(contact) dan lain2 yang seakan-akan serupa dengan apa yang saya nyatakan.


MHZ: Jadi apakah langkah2 yang perlu diambil dalam menangani hal ini Prof?


Prof J: Mudah saja. Banyakkan bersabar. Tenangkan minda. Tanya pada diri kita apakah kita mampu untuk meneruskan cinta yang terbengkalai ni. Cinta terbengkalai ni unik sikit. Nak kata On pun tidak, nak kata Clash pun tidak jugak. Ambil masa dalam menerima diri seseorang ke dalam hidup kita, dengan itu lebih sukar untuk kita mengalami masalah 'Cinta Terbengkalai'.


MHZ: Terima kasih Prof di atas kesudian hadir ke LHI. 


Prof J: Sama2. Saya nak pergi rumah kenduri ni. Nak kena jadi DJ. Nanti marah pulak Pak Akob lambat sampai. PA System semua dah ready dah tu.


MHZ, Lebih Karat Daripada Biasa







7 ulasan:

Keyrill Eduardo Willeyhem berkata...

wah....bestnyer kena temu bual! hehehe..dahlah topik jiwang...ngeek! ;)

Mohd Hakimi Zulkifly berkata...

Haha..karat2 je smua..

ieda Qema berkata...

kalo cinta berkarat cemana?? hahaha

misza berkata...

terbengkalai sampai berkarat. sian nyer...

Mohd Hakimi Zulkifly berkata...

g0m0k9enDek: haha..cinta berkarat..itu dah macam terbengkalai la jugak..cuma perkataan je lain2..maksudnya hmpir sama..

Misza: Haha..Ini lagi dahsyat..terbengkalai+berkarat=2 in 1 la kan..memang kesian la kalau jdi mcm ni..

CekLa berkata...

kelass prof j nih. siap promote cendol lagi. i loikkeee!

Mohd Hakimi Zulkifly berkata...

cendol mampu mencetuskan perpaduan..haha