17 September 2010

Memori Prep School Siri 1


Tahun ini merupakan tahun yang mencabar bagiku. Segala-galanya terletak pada tahun ini untuk menentukan hidupku yang akan bakal ku tempuhi untuk tempoh yang masih lama lagi. 2007,satu tahun yang menjadi titik tolak dalam hidup aku. Aku perlu menentukan hala tuju hidupku bermula dari tarikh keramat 1 Januari 2007. SPM akan ku temui di akhir tahun ini dan aku perlu gigih menelaah dalam usaha mencapai kecemerlangan akademik yang menjadi idaman semua pelajar. Seperti biasa,aku sering meletakkan yang tertinggi dalam target aku tidak kira dalam apa jua bidang yang aku ceburi sekalipun.

Pada pagi 2 Januari 2007,aku dan seisi keluarga ke The Malay College untuk menghantar aku menghadiri sesi pengajian 2007 yang menjanjikan tahun paling istimewa untuk aku dan rakan-rakan seperjuangan aku yang seazam denganku mahukan kejayaan tahun ini.
Aku melangkah laju ke koperasi setelah menjelaskan yuran sekolah. Aku kemudian ke kereta kerana ibu bapaku ingin membawaku ke blok asrama.mana satu aku duduk tahun ini,entahla. Aku ke pondok jaga,bertanya petempatan aku tahun ini. Malangnya,aku diminta tinggal di Dorm 3,East Wing. Terkejut dan sedih pabila ku mendengar arahan itu.namun,apakan daya,aku tak mampu berbuat apa-apa.

Aku mengemas barangku di Dorm 3 bersama ibu bapaku turut membantu, aku juga melihat beberapa rakan yang lain turut mengemas barang masing-masing. Aku terus terang tidak ingin menetap di situ namun dalam keterpaksaan sebegitu, aku terpaksa menurut kehendak pihak sekolah yang mempunyai agenda tersembunyi tidak ku ketahui.
Aku pada mulanya tidak kisah akan semua itu namun aku mula mengambil serius setelah kedatangan seseorang yang tidak aku suka padanya atau dalam erti kata yang mudah benci kepadanya. Aku mengambil keputusan untuk berpindah ke Prep School.

Aku terus berjumpa dengan Cikgu Shah, warden yang bertugas dalam hal ehwal penempatan pengawas tahun ini. Aku terkejut dengan kata-katanya mengatakan dia hanya percaya pada Wan Ariff dan Hanif sahaja. Aku balik dengan perasaan sedih menyelubungi hatiku kerana terpaksa hidup di situ untuk satu tempoh yang lama.Tetapi aku tak berputus asa kerana di mana ada kemahuan,di situ ada jalan.

Esoknya aku berjumpa dengan warden Prep School iaitu Cikgu Bibi. Gembira sungguh bila dia menyatakan keinginannya untuk meletakkan aku di Prep School. Cikgu Shah menyatakan persetujuan setelah mendengar kata-kata Cikgu Bibi, akhirnya impian untuk menjaga Form 1 telah berjaya aku capai, Alhamdulillah.


Tiada ulasan: