24 September 2010

Memori Kek lapis & Nasi Lemak


Aku seperti biasa melangkahkan kaki ke DPP Bank Rakyat. Lebih kurang pukul 5.30 masa tu. Aku memang selalu lepak dekat bilik member aku dkt Bank Rakyat. Cuma aku yang pindah SME Bank sem ni. Bajet nak rasa tempat baru la katakan. Tapi memang aku suka berpindah-randah pun. Masuk sem ni, dah 3 kali aku tukar DPP. Sem 1 DPP Perwaja, sem 2 DPP Bank Rakyat dan yang terbaru DPP SME Bank. Lepas ni entahla. Maybe Proton kot.

Aku just lepak ngan member aku kat Bilik No. 328, Blok C Bank Rakyat. Time tu kitorang melayan lagu jiwang. Lagu-lagu clash pulak tu. Time tengah melayan sambil sembang2 tu, tetiba je ada member aku yang sorang ni masuk bilik. Muka dia memang moody habis. Berserabai gila. Macam takde sinar langsung aku tengok dia. Yang terpancar hanya masalah je.

LAst2, perkara sebenar terbongkar. Makwe dia tinggalkan dia. Memang feeling tahap gaban habisla dia cite. Dia memang suka habis la kat pompuan tu. Aku rasa sayang gila la tu. Sampai dulu pernah dia ajak aku pegi rumah awek dia kat Sarawak. Ops, tersebut negeri plak. Nampak tak. Dia punya serius ngan pompuan tu tapi pompuan tu main selamba badak je chow dari hidup dia. Pehal la pompuan tu. Kalau nak blah pun, at least biarlah kena pada gayanya.

Bila aku fikir2 balik, aku mmg tak sangka diorang boleh clash. Hari tu aku sendiri ikut dia hantar awek dia gi Airport Alor Setar time nak balik cuti raya. Memang aku igt berpanjangan la jodoh diorang. Rupa-rupanya kandas di tengah jalan kan. Macam pepatah ni la, 'Ku sangkakan mak cik cendol jual time ptg, rupa-rupanya dah tutup tengahari tadi'. Pompuan tu kira okla. Muka pun boleh tahan la. Jadi aku takdela pelik sgt member aku syok kat dia kan. Aku siap cakap lagi yang nanti member aku tu kenala selalu naik belon gi Sarawak. Aku dengan member aku yg sorang lagi ikut adala suruh awek dia bawa balik kek lapis Sarawak. Namun oleh kerana kek lapis itu kami tak terima hingga kini, dapatlah kami syak yang diorang ni dah putus.

Kisah clash diorang bermula masa cuti raya. Si pompuan ni cakap member aku tak care pasal dia. Dia kata member aku tak hargai dia. Ala, korang paham2 la time raya macam mana. Semua orang sibuk kan. Mana la sempat nak sms sangat. Dan dia gunakan alasan kurang sms tu utk nak mintak clash. Memang frust habisla member aku ni. Dia ingat benda tu boleh settle tpi memang tak boleh diselamatkan dah. Dan last sms member aku hantar kat dia lepas beberapa hari diorang dah clash, member aku tanyala dia tak tanya rasa apa2 ke lepas clash. Pompuan tu dengan selamba je reply cakap member aku tu dulu tk care dia, dan baru skrg dia nak care. Pastu pompuan tu cakap dia dah couple balik dgn ex bf dia. Dan dia kata dia couple dgn member aku sebab dia sunyi je. Aku rasa memang kejam la. Baru clash dua-tiga hari dah couple dgn org lain.

Last call member aku ada cakap kat pompuan tu dia tkkan couple dengan pompuan lain lagi. Aku bukan apa. Memang sedihla cinta diorang. Member aku ni memang habiskan masa dgn duit kat awek dia. Sedangkan member aku tu bukannya orang senang sgt, dia pun jual nasi lemak je. Nak tambah duit poket. Tapi untung yang tk seberapa itu dia gunakan utk menggembirakan hati awek dia. Dia bawak jalan sana. Sewa keta orang. Semata-mata nak jaga hati awek dia. Last2 ini yang dia dapat. Takpela, harap2 dia akan jumpa yang lebih baik.

Chow..

Tiada ulasan: