19 September 2010

Cinta Kilat Siri 2


Mohd Hakimi bin Zulkifly Mempersembahkan Cinta Kilat

Tatkala pensyarah sedang sibuk menerangkan akan perihal bab yang dipelajari pada pagi itu, lain pula jadinya pada si Reza seorang ni. Dia hanya mengelamun dan tidak henti-henti merenung pada gadis yang diminatinya itu. Rakan-rakannya yang di sebelah pun sudah dapat mengenal pasti akan kelakuan aneh Reza itu. Malah ada juga yang sudah tertawa kecil melihat gelagat rakan mereka yang seorang ni. Mana taknya, si Reza ni bukan jenis yang berdiam diri sangat, pasti ada saja yang nak dibualkan namun lain pula jadinya pada pagi itu.

Reza sekali sekala memandang ke sana sini. Khuatir orang lain perasan akan perbuatannya memandang gadis itu agaknya. Sebenarnya, semasa Reza tengah syok menatap gadis itu, rakan gadis itu telah pun sedar akan perbuatan Reza itu yang dilihat berkenan sangat dengan rakannya.

Ketika semua orang sedang meninggalkan dewan kuliah, Reza didatangi dua orang gadis. Reza agak hairan dengan kedatangan dua gadis yang tidak diundang itu. Mereka tampak sopan sekali pabila mengenakan baju kurung. Tampak sungguh ciri-ciri wanita Melayu pada diri mereka.
“Hai, awak..Nama awak Reza kan?” Soal salah seorang daripada gadis itu. Dia berbaju kurung biru dan bertudung krim. Agak manis jugak orangnya. “Ya..Nama saya Reza..Kenapa ya?” Meskipun Reza bertanya dengan nada selamba namun jantungnya mulai berdegup kencang. Risau jugak jadinya bila tiba-tiba ada orang datang bertanyakan dirinya.

“Tadi bukan main lagi dia renung ya”. “Aaa…takdela..saya takde pandang apa pun” Reza cuba mengelak. Malulah kalau orang tahu. “Ala..awak tak perlu malu..dia tu kawan kami” Ternyata hanya gadis yang betudung krim itu sahaja yang berkata-kata. Yang seorang lagi hanya tersenyum melihat gelagat Reza.
“Apa?...Dia kawan awak..”. “Oh, tadi tak mengaku..Ya..dia kawan kami berdua.” Balas gadis itu. Minat Reza sudah kian membuak. “Awak ada nombor phone dia?” Reza tahu hanya dengan itu sahaja dia dapat memulakan lembaran perkenalan. “Ini nombor phone saya..Nanti saya tanya dia dulu..kalau dia bagi, saya sms awak”. “Oh, ok..terima kasih awak” Balas Reza dengan senyuman terukir di bibirnya. “Sebelum tu, boleh saya tahu nama awak?”. “Syiratul Ain..just panggil saya Ain” Gadis bernama Ain itu hanya melemparkan senyuman dan beredar bersama rakan yang menemaninya tadi.

“Terima kasih Ain” Reza hanya berkata-kata dalam hatinya. “Tapi, kenapa dia baik sangat dengan aku” Reza beredar dari dewan kuliah dengan seribu persoalan.


Tiada ulasan: