31 Ogos 2010
MHZ Blog of Opinion -Fantasi yang bakal berakhir
Sedar atau tidak? Dah lambakan kisah dan coretan cinta aku tuliskan. Tak kurang juga perihal yang lain dari itu. Aku faham ini adalah duniaku. Dunia palsu yang cuba aku benarkan menjadi realiti.
Kepalsuan yang nyata itu seakan benar sehinggakan menimbulkan pelbagai persepsi dan tanggapan. Apa yang ku coretkan datang dari hati dan sememangnya itu yang aku karangi.
Minda aku terlampau kusut dengan fantasi dan rekaan sehingga aku lupa akan aku hidup di dunia nyata yang penuh dengan kebenaran.
MHZ Blog of Opinion ini seakan satu dunia yang berbeda bagiku. Tempat aku mencurahkan rasa hati. Tempat aku mencoret kepalsuan yang ku sulami dengan kebenaran. Karya yang tampak indah namun penuh dengan duka dan sengsara. Apa yang tampak indah di sini tak seindah pandangan mata. Yang realiti bahkan lebih pahit dari coretan ini.
Coretanku telah menimbulkan banyak tanda tanya. MHZ Blog of Opinion ini adalah fantasiku. Tangungjawab penulis ialah membenarkan yang palsu. Itu hasrat hatiku. Namun keadaan kini berubah. Aku seakan sudah benci dengan karyaku ini. Aku telah kehilangan hampir segalanya kerana dunia fantasi ciptaanku sendiri.
Keindahan fantasi yang aku ciptakan sudah tiada lagi. Aku tidak mahu lagi hidup terasing dalam dunia penuh kepalsuan. Ramai yang telah tersalah tafsir akan tulisanku dan menyebabkan aku merasa sudah tiba masanya aku menamatkan fantasi ini.
Aku tidak mahu terburu-buru. Buat masa sekarang aku mahu tinggalkan semua ini. Maaf kiranya tulisanku ini pernah membuatkan sebahagian yang mengenaliku tidak senang atau kurang menyukainya. MHZ Blog of Opinion, kita berehat buat seketika bagi mencari jawapan kepada persoalan kita. Aku seakan-akan pasti, fantasiku ini bakal berakhir...-MHZ
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan