16 Ogos 2012

MHZ Di Ambang Raya

MHZ Di Ambang Raya

Apa khabar semua? Aduh, memang agak lama MHZ tak update blog ni. Hal ini sebenarnya tidak ada kena mengena dengan MHZ pegi jual cendol kat Bazar Ramadhan. MHZ tak sempat nak update sebab MHZ sebelum ni sibuk menyiapkan skrip teater perundangan Mona Fendi. Waktu nak tulis skrip tu memang perit sungguh. Serabai betul rasa. Dengan muka penuh jambang. haha. Dah macam bangla jual karpet rasanya. Sekarang ni, skrip pun dah siap, kerja-kerja tertunggak pun dah selesai jadi boleh la kalau MHZ nak mengemaskini semula blog COOL fm ni.


Bila dekat nak raya ni, kadang-kadang rasa best, kadang-kadang rasa tak best. Yela kan. Dulu masa kecik-kecik memang la seronok time raya. Bila dah tua-tua macam sekarang, raya tu macam raya jela. Takdela seseronok macam 10 tahun yang dulu. Duit Raya pun orang dah tak bagi sebab muka pun dah macam bapak orang. Hoho.

Masa zaman sekolah, bila dekat nak raya, MHZ akan main macam-macam jenis mercun. Mercun gasing, mercun bola, mercun ketupat. Bunga api tak layan la. Haha. Kalau MHZ dengan adik and sepupu-sepupu ada masa yang terluang, kitorang akan cipta meriam kitorang sendiri sebab malam-malam kitorang akan perang mercun dengan meriam kat kampung. Haha. Tapi kitorang tak guna buluh untuk buat meriam. Buluh tak style and agak berbahaya. Kitorang akan cari paip konkrit and kitorang akan tanam dalam tanah untuk dibuat meriam. Bila main meriam tu, memang satu kampung akan dengar sebab bunyinya yang memang kuat. 

Raya MHZ untuk kali ni tak jauh beza dengan tahun lepas. Kali ni dalam 3 hari MHZ dan keluarga akan beraya di kampung. Lepas tu, kami akan pulang ke rumah untuk beraya dengan jiran-jiran di kawasan taman perumahan pulak. MHZ pun takkan lama beraya di rumah sebab MHZ terpaksa pulang awal ke UUM untuk menguruskan minggu orientasi pelajar-pelajar baru UUM yang akan masuk mendaftar awal September ni. Harap-harap semuanaya akan berjalan lancar. 

Raya bila dah tua takdela gempak macam zaman kanak-kanak tapi apa yang lebih penting ialah kita dapat bergembira di samping keluarga yang tercinta.

Kepada Rakan-Rakan Blogger sekalian, 
MHZ nak ucapkan,
Selamat Hari Raya Aidil Fitri,
Maaf Zahir Batin.

1 ulasan:

suesue berkata...

happy Eid Mubarak MHZ!