6 Oktober 2010

Cinta Kilat Siri 3


“Hurm..diam je..takde apa-apa info pun..entah-entah dia ni tipu aku, patutla beria-ria sangat jumpa aku tadi” Reza hanya mengelamun sepanjang malam. Dia memikirkan tentang perilaku gadis yang menemuinya pagi tadi. Dia merasa sedikit hairan akan perlakuan gadis itu yang tampak terlalu baik dengannya. “Hai..entah-entah dia tu dah tahu pasal kes-kes aku..kalau dah tahu, memang hancurlah pelan aku” Reza sekali sekala berasa khuatir bahawa sejarah silamnya barangkali sudah diketahui akan gadis itu. Kalaulah benar. Maka Reza merasakan dia harus lupakan saja akan hasratnya memikat gadis itu.

Pagi esoknya, secara tidak sengaja, Reza terserempak dengan Ain di foyer Perpustakaan Sultanah Bahiyah. “Reza, sekejap!” Ain menyapa Reza dengan harapan mahu Reza berhenti dari terus melangkahkan kakinya. “Oh. Ain..Ingatkan siapa tadi..Ada apa Ain?” Reza sengaja melontarkan soalan sebegitu walaupun hakikatnya dia hanya mahu tahu tentang perkembangan perkara yang diinginkannya itu.
“Reza, maaf ye..saya dah minta dari dia..tapi dia tak bagila” Ain menuturkan suaranya rendah. Reza menunduk sahaja. Dia mungkin berasa amat kecewa akan perkara itu. “Reza, janganla macam ni..mungkin jodoh awak dengan orang lain” Ain cuba memujuk Reza yang hanya mendiamkan diri. “Reza, janganla sedih-sedih macam ni..jom kita pergi minum ya..” Ain cuba meredakan keadaan. “Yela..jom” Reza mengukir sedikit senyuman di bibir meskipun dalam keadaan hatinya agak hiba dan penuh dengan kekecewaan.

Mereka berdua kemudiannya berjalan menuju ke Restoran Nasi Kandar Subaidah. Kedudukannya dari perpustakaan tidaklah terlalu jauh. Ketika itu tidaklah terlalu ramai di situ. Kebiasaannya ramai pelajar yang akan makan di situ.
“Ain, terima kasih sebab sudi bantu saya” Reza mengucapkan rasa terima kasihnya pada Ain. Reza merasakan Ain agak prihatin pada dirinya walaupun hakikatnya mereka baru sahaja berkenalan. “Reza, awak tak perlu ucap terima kasih pada saya..saya cuma nak bantu awak..lagipun saya gagal nak bantu awak pun..” Ain seolah-olah merasa bersalah kerana tidak dapat membantu Reza. “Saya rasa semua ini kerana sejarah silam saya Ain” Reza tiba-tiba bersuara dengan nada kesal. “Takdela Reza..kisah awak yang dulu dah lepas..bukan kerana tu pun”. “Hah, awak tahu pasal saya?” Reza agak terkejut dengan kata-kata Ain itu. “Well, Reza..Janganla buat-buat terkejut..tell me, siapa yang tak kenal Reza” Ain melemparkan senyuman sinis pada Reza. Reza terdiam mendengar setiap patah kata yang keluar dari mulut seorang gadis yang baru sahaja dikenalinya, Syiratul Ain.



Tiada ulasan: