Tempat Penemuan Artifak |
Rakaman Perbualan Telefon MHZ dengan Prof J (Ketua Ekspedisi Geng Terjah Cool fm)
MHZ: Hello..Hello Prof..Prof dengar tak suara saya??
Prof J: Ya, MHZ..Saya dengar tapi kurang jelas..Mungkin sebab kami berada pada altitud yang tinggi sekarang ni.
MHZ: Prof, bagaimana dengan keadaan crew2 kita yang lain??
Prof J: Alhamdulillah. Semua sihat dan masih boleh meneruskan pendakian.
MHZ: Bagaimana dengan bekalan makanan Prof? Apakah mencukupi??
Prof J: Dari segi makanan memang kita tak bimbang. Kita ada sponsor dari syarikat mak cik cendol orang kampung. Kami hanya makan cendol 3 in 1 bagi mengembalikan tenaga yang hilang.
MHZ: Artifak yang baru dijumpai itu..Apakah ianya tulen dan bernilai??
Prof J: Ia memang asli. Kita dapati ia amat bernilai sekali. Mungkin penemuan ini akan kita pamerkan di Zoo Negara dan juga di Petaling Street barangkali.
MHZ: Boleh tak kalau Prof paparkan 'artifak naskah cinta' itu pada para penonton?
Prof J: Boleh je. Kejap ye. Saya nak amik naskah tu. Mana ya. Eh, ni paper bungkus nasi lemak. Ha, ini dia suratnya..
Cinta Monyet |
Surat Cinta Zaman Sekolah
Assalamualaikum,
Kepada saudari Nor Zahayu binti Ramlan dari Kelas 5 Harapan,
Ditulis oleh Ipin dari Kelas 5 Mengharap,
Nama kita Arifin tapi kawan2 kita panggil kita ipin je. Awak dah makan? Nanti jangan lupa makan nasi lemak kat kantin ye masa rehat. Sedap Ooo nasi lemak tu. Kita hari2 makan nasi lemak. Murah, 50 sen je.
Kita selalu nampak awak main bola jaring time pendidikan jasmani. Kita tengok awak selalu peluh2. Tapi takpe, peluh pun kita suka. Kita selalu kena marah dengan cikgu PJ sebab tak bawak baju. Kita tak suka dengan cikgu tu. Kita suka kat awak je.
Kita suka kat awak dari darjah 1 lagi. Time tu awak duduk kat tepi tingkap sambil minum air Milo. Kita pulak time tu duduk kat belakang sekali dengan mama kita duduk kat tepi. Awak perasan cun jadi kita malu nak cakap awal2. Kita tunggu lambat2 sampai darjah 5 baru kita nak cakap.
Kita nak kawan dengan awak. Awak kena kawan dengan kita ya. Kalau tak, tak nak kawan.
Pecah kaca pecah gelas,
Lepas baca harap balas.
Haha..merepek je MHZ ni kan..lebih karat daripada biasa..
5 ulasan:
hik3....teringat kenangan lama.. ;)
cinta sekolah rendah rupanyer...
teringat zaman muda mudi yer..=)
syok ooo..time kt sekolah rendah..haha
haha..lawak gile surat cinte gitu..
Catat Ulasan