Awek merajuk kat kafe |
Pekabo Kak Jah..Morning Auntie Swee Lin..Tengah buat apa tu Auntie Letchumy?..Hah, tengah kita sibuk bersemuka dengan buku dan nota, kali ini MHZ ingin membawakan anda satu isu yang sudah lapok namun sentiasa releven dan evergreen. Isu Merajuk ni bukan baru je terjebak dalam masyarakat namun dari zaman dinosor lagi, isu merajuk ini sudah menjadi tajuk berita penting di dada-dada akhbar. Mana taknya, kerana merajuk ni lah, lambakan lagi problem yang bakal menstunamikan kita. Jadi, kepada abang2 yang tengah pekena cendol dengan pak cik2 serta uncle2 yang tengah melantak roti canai kat kedai mamak sambil tengok bola, ate mari lepok sebentar dengan teman ni hah bagi mendalami isu merajuk yang semakin menular dalam kalangan masyarakat kita.
Merajuk Di Kala Senja |
Setelah ku canang satu kampung apa itu merajuk. Kini saat dan ketikanya telah tiba. Kehangatan kian terasa. Tibalah masanya kita pergi secara lebih ekslusif dengan temu bual khas bersama Prof Jiwang.
MHZ: Apa khabar Prof? Terima kasih sudi kerana ditemu bual.
Prof J: Sama-sama. Tadi anak sapa yang duduk depan pintu tu. Abang dia ke yang kawin hari tu? Tapi sedap jugak nasi minyak tadi ya.
MHZ: Ya2 Prof. Saya pun tak mahu melengahkan masa. Prof, pada pendapat Prof, apakah merajuk ini perlu dalam kehidupan kita sehari-hari? Silakan Prof.
Prof J: Tadi baru je lepas sembang dengan Abang Bidin bawak lori tu. Dia kata dia gadoh dengan bini dia. 3 hari bini dia tak masak nasi. Masa saya lepak dengan dia kat Old Town Coffee, saya tanya dia kenapa bini dia merajuk. Dia kata sebab dia tak beli Laksa dengan Air Soya kat Pasar Malam hari tu. Sebab tu bini dia merajuk dekat dia.
MHZ: Bukan itu maksud saya Prof. Maksud saya releven atau tidak untuk kita merajuk ni?
Prof J: La..Pasaipa tak habaq dari tadi. Merajuk ni tak elok sangat sebenarnya. Ia bakal menyebabkan stress kepada orang lain sebab nak kena pujuk kita. Kalau nak merajuk sekali sekala rasanya takpala. Kalau tak merajuk pun tak seronok jugak, tapi janganlah merajuk sebab benda2 kecik, buat malu je dekat jiran sebelah.
MHZ: Boleh tak Prof nyatakan di sini, merajuk jenis apa yang patut kita elakkan.
Prof J: Ok2. Daripada kajian saya, inilah hasilnya.
Inilah kata2 yang selalu kedengaran |
Antara jenis2 merajuk yang harus dielakkan. Calon-calonnya ialah:-
1. Merajuk sebab berebut channel kat tv. Merajuk macam ni memang selalu. Dia ni nak tengok AF. Dia ni nak tengok bola. Last2, apa pun tak tengok sebab remote tv rosak kena hempuk. Kan tak manis tu.2. Merajuk sebab Mama tak beli mainan. Adik, mama bukan tak mau beli. Mama nak beli yang lagi besar punya(tagline SME Bank masa orientasi). Jadi, saborla dik. Itu tak mau sebab kecik punya.
3. Merajuk bila Pakwe/Makwe tak reply SMS. Alahai, rilexla bai. Takkanla sebab SMS sebijik, lu nak kecoh sekampung brader. Kata kabel besar. Sorang tak reply, sepuluh lagi reply brader.
4. Merajuk bila Papa lambat amik kat sekolah. Alamak adik. Lu lepak la dulu main kejar2. Main kawin2 dulu. Lu dengar je cakap wa ni beb. Agak2 lu dah kawin2 sampai 4 tu, Papa lu mesti sampai la der.
5. Merajuk sebab nak add drop tak boleh(Khas buat pelajar UUM). Chill la der. Portal je pun. Tak boleh bukak, kita facebook dulu. Kalau kelas penuh, amik kelas lain bai. Wa pun panas gak dengan portal tu hari tu tapi wa santai je beb. Pukul 8 malam baru wa add drop. Memang mantap la beb.
6. Merajuk sebab team bola kalah. Takyahla nak feeling2 bila tengok bola. Kalau fanatik terlebih pun tak boleh bai, rilex2 je. Kalau kalah no hal la kan. Kalau menang, kita raya sakan.
7. Merajuk Pakwe datang lambat. Pakwe lu traffic jam tadi. Dia bukan sengaja lambat beb. Lu takyah nak amik port sangat. Lu santai je. Lu cakap kat dia suruh belanja makan yang mahal2. Konfem settle la.
8. Merajuk kena marah dengan lecturer. Selalunya ni bukan merajuk. Selalunya kalau hal ni, malu la jadinya.(Kerani aku ni kenapa masukkan ni dalam list. Ni mesti sebab merajuk dengan pakwe la ni. Hampeh tol)
9. Merajuk sebab saja-saja. Ini lagi la tak boleh blah. Ada ke patut merajuk saja2. Ini boleh mengakibatkan penipisan lapisan ozon ni. Elakkan dari berbuat demikian.
'Merajuk bukan untuk dipujuk tetapi merajuklah supaya dirujuk'
MHZ, Lebih Karat Daripada Biasa
Tiada ulasan:
Catat Ulasan